Dec 9, 2008

Selamat Pagi. Sudahkah Anda Bersarapan?

Beberapa tahun lepas saya bukanlah seorang yang gemar bangun awal. Waktu itu, tiada perkataan breakfast dalam kamus saya dan biasanya hidangan pertama saya adalah pada pukul 12 tengahari. Sebenarnya pada waktu itu, saya sedar yang amalan ini kurang elok.

Orang tua-tua kata, "pintu rezeki tertutup kalau bangun lewat". Tak tahulah saya samada ianya benar ataupun tidak tetapi apa yang saya perasan, apabila bangun lambat, badan akan merasa kurang sihat dan kecenderungan untuk tidur lebih panjang adalah lebih tinggi.

Percaya atau tidak, terjemahan bangun awal saya mungkin berbeza dengan anda. Saya biasanya sudah berada di depan komputer ini seawal jam 5 pagi. Bangun awal sebenarnya menyeronokkan kerana angin luar agak "bersih" dan suasana juga sunyi tanpa gangguan bunyi kenderaan.

Biasanya jam 7 pagi saya sudah menghidupkan enjin kereta dan mula memikirkan apakah sarapan pagi saya untuk hari tersebut. Biasanya: -


(sumber: http://www.malaysiasite.nl)


(sumber: www.camemberu.com)


(sumber: http://accordingtod.wordpress.com)


(sumber: http://lifeisonebigstage.wordpress.com)


(sumber: http://christene222.wordpress.com)


(sumber: www.eatingwell.com)

Ahad lepas, saya mencuba sesuatu yang baru.



Apakah ini?

14 comments:

cheryna zamrinor said...

waaaa...pagi2 lagik dah rase lapar:P

FioreAKINA said...

oit oit... ape nie... makanan ke.. adeh.. lapa siot.. lapaaaaaaaa... sedap tgk gamba nie rase lom ag sedap ke tak... kang masin..

sile anta ke blog erk.. hahahaha

Anonymous said...

banyak betul ko sekali makan! yg last tu adalah... aku un tak tau... ahahah

DilOt said...

alamakkkk..tgk gambo ni lapo lak aku..mcm sedap gler je......uwaaa...laponye...

Lisa said...

ahhh those are best malaysian food ever..

Whitetulip Tales said...

Hm..lau aku tak silap..intinya sayur2an kan..jap, aku fikir. Hm...itulah...itulah tue..kih!kih!Murtabak jawa??alamak..aku besa sarapan makan biskut jer ngan tea kosong...huuhuu..jaga badan...kih!kih!

psstt!!lau jawapan betol ada hadiah tak??

~vaniLLe~ said...

adakah jawapannye thosai?? and kalau ianya betul..adakah anda akan blanja saya sarapan pagi bersama anda :d

bokbon said...

ha..apa tu? tak penah gua nampak pun sebelum ni, macam nasi goreng pataya je. haha..

KAMATO said...

apa la jenis makanan tu....

Mak Su said...

sy sll pg-pg suka roti canai ngan teh tarik, tapi lately selalu kembung perut. mgkn kena tukr teh tarik kpd tongkat ali plaks, oops! nasi lemak tak suka amik pepagi, mcm heavy sgt.

julietchun said...

Psst! ckp kat aku srg dah ler :D

Legal Cat said...

Aku pagi2 makan capati konon jaga badan. Nasik lemak makan malam2 muahahaha, habis diet. Aku ada niat nak posting bgn pagi2 ni. Nanti nak link to this post...

Shemmi said...

kesemuanya adalah berlemak!eww!!
(tapi saya telan juge kekadang time mengidam)
tidak di galakkan bagi yg nak mnjaga perut secara alami..hahaha!..
ops!
capati tu OK...

rosealley said...

sedapnye nasik lemak ituuuu, harus turun beli jap agi