Dec 13, 2008

Pengkritik Malaysia: Mengkritik atau ....?



Saya baru sahaja menonton rancangan yang kini mendapat sambutan hangat di kalangan warga Malaysia, Sehati Berdansa. Sebenarnya inilah kali pertama saya menonton rancangan ini walaupun ianya sudah ke udara agak lama jika tidak silap saya. Dibantu oleh beberapa peminat setia program ini, saya mula memahami konsep pertandingan ini.

Tidak dinafikan rancangan sebegini mampu menarik minat penonton terutamanya dengan kehadiran artis tanahair yang mempunyai peminat masing-masing. Walaupun begitu, secara jujurnya tarian mereka tidak sehebat profesional tetapi disebabkan oleh tempoh latihan yang agak singkat, usaha mereka masih boleh diterima.

Namun begitu, dalam rancangan sebegini saya sering memberi perhatian kepada barisan pengkritik yang dipilih. Pada pendapat saya, komen oleh pengkritik adalah kayu pengukur kepada prestasi peserta di mana mereka dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam bidang tersebut.

Masalahnya adalah saya merasakan yang pengkritik tanahair tidak memberikan komen-komen yang jujur kerana bimbang jika mereka melukai hati penonton di rumah atau takut di"boooo" oleh penonton di studio. Persoalannya, mengapa mereka menggelarkan diri mereka pengkritik jika takut memberikan pendapat yang jujur mengenai persembahan para peserta?

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiburan tanahair. Jika anda pernah menonton Akademi Fantasia, anda pastinya perasan dengan "sympton bodek" sebegini. Pengkritik lebih gemar memuji berbanding mencari kelemahan para peserta. Kesannya, para peserta sendiri tidak tahu di mana kelemahan mereka dan terus-menerus melakukan kesalahan yang sama.



Saya tahu ada antara anda yang merasakan bahawa bukan budaya kita untuk mengkritik secara terbuka sebaliknya perlu menggunakan cara yang halus bagi membetulkan kesalahan. Cuba tanya diri anda, adakah bangsa Malaysia begitu lemah sehinggakan kita tidak mampu menerima komen-komen jujur dan membina?

Saya rasa lebih baik ditukar sahaja perkataan "pengkritik" itu kepada "pembodek".

5 comments:

♥corcraze♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥corcraze♥ said...

ahahaha..xtgk la shati berdansa tuh..haha..fhm2 la malaysians kan..
except adlin yg rasanya mengkritik..tu pasal kena booo..

Mira3dora said...

huhu tu mmg btol mengkritik tak fair. adoi..

@kelantanstreet said...

persembahan hampeh tapi juri kata;

"very good performance, i like it" "persembahan bagus" "you're a real performer" dan lain lain tu ayat2 yg aku biasa dengar..

hanya paul moss adalah juri yg honest...

adlin plak juri hampeh, mangkuk dan berlagak bagus...suka kutuk orang...walhal dia bukan hebat sangat pun..

Anonymous said...

juri malaysia, semuanya best jer... x de yg tak best... x yah tunggu juri2 cakap kita dah tau dah...

baik ko suggest dorang bayar aku jadi juri! nanti aku bagi ko 25% komisen... muahahaha