(sumber: www.oleole.com)
Selain dari kegagalan Arsenal, Liverpool dan Manchester United mengutip mata penuh dalam perlawanan yang berlangsung semalam, Real Madrid ditimpa nasib malang apabila berdepan dengan pendahulu La Liga dan juga musuh tradisi, Barcelona.
Walaupun hanya berjaya menghasilkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi Barcelona nampak lebih garang dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Real Madrid yang dibarisi oleh bintang ternama masih gagal beraksi cemerlang apabila hanya mampu menguasai 33% ball possession berbanding 66% oleh Barcelona.
Malah jika dilihat dari jumlah percubaan ke arah pintu gol lawan juga sangat berbeza di antara kedua-dua pasukan.
Pada pendapat saya, campur tangan yang melampau oleh pihak atasan Real telah merosakkan corak permainan pasukan tersebut. Malah, mereka gagal menjadi pencabar utama dalam saingan Champion League sejak Vicente del Bosque dipecat (tidak disambung kontrak) pada 2003.
Walaupun mereka berjaya memenangi La Liga untuk 2 musim berturut-turut di bawah kendalian Fabio Capello dan Bernd Schuster, ianya masih belum cukup untuk memuaskan hati pihak pengurusan Real Madrid yang turut memecat kedua-dua jurulatih tersebut.
Kekalahan ini meletakkan Real di tangga ke-5 liga dengan 12 mata di belakang Barcelona dengan kemungkinan jatuh ke tangga ke-7 jika Atletico Madrid dan Deportivo La Caruna memenangi perlawanan masing-masing.
Berikut adalah rangkuman perlawanan yang berlangsung semalam: -
3 comments:
So sapa yg menang? hehe...ni jnis mls nk google la ni :P
real ni memang, elok2 ada robinho diorang p jual..dh la van nistelrooy injured..
Barca nampak lebih mantap sejak-sejak Ronaldinho kuar kan..hehe..mungkinkah...
owh... tidak.. Arsenal kalah ag.. aduhai..
kalau liga english apple sokong Arsenal.. Kalau liga spanish apple sokong barcelona.. kalau liga italy apple sokong ac milan..
Yarghh Barcelona keep up.. walaupun henry x pakai.. kasi pulang la blik henry tu kat Arsenal blik..
huhuhuhu...
Post a Comment