Nov 29, 2008

Toilet oh Toilet!



Berapa ramaikah di antara anda yang mempunyai "pengalaman ngeri" / fobia apabila memasuki tandas?

Post ini ditujukan khas kepada mereka yang tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas awam. Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengambil sikap sambil lewa sedangkan sudah banyak kali diingatkan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini.

Saya secara peribadi mempunyai dilemma setiap kali menggunakan tandas awam terutamanya ketika membuka pintu tandas. Saya tidak pasti jika anda berhadapan dengan masalah yang sama tetapi setiap kali ke tandas, saya berdoa/berharap agar tandas tersebut "bersih" untuk digunakan.

Bersih bukan bermaksud lantainya perlulah berkilat, baunya mesti semerbak haruman lavender dan sebagainya tetapi cukuplah setakat mangkuk tandasnya diflush oleh setiap orang yang menggunakannya.



Bayangkan anda membuka pintu tandas tersebut, pengguna sebelumnya lupa atau sengaja tidak mahu menekan butang flush dan meninggalkan "saki-baki" mereka. Saya sudah banyak kali melihat fenomena yang menjijikkan ini dan ianya telah berlarutan sejak sekian lama.

Ini mesej saya kepada anda, "sekiranya anda sendiri berasa jijik dengan **** anda, apatah lagi orang lain yang melihatnya". Apa perasaan anda jika pengguna yang lain melakukan perkara yang sama terhadap anda.



Kadangkala saya tertanya, bagaimanakah agaknya keadaan tandas di kediaman mereka? Adakah mereka tidak flush mangkuk tandas mereka selepas menggunakannya? Atau mungkin mereka masih lagi mengorek lubang di belakang rumah mereka dan kemudiannya mengkambuskan sisa buangan mereka dengan pasir?

Sikap sebegini tidak ubah seperti mementingkan diri sendiri kerana ianya boleh menyebabkan wabak penyakit tersebar. Malah ia memberi mesej jelas bahawa rakyat kita masih berada dalam kelompok mentaliti dunia ketiga walaupun kita terkenal sebagai sebuah negara membangun dan ingin mencapai status sebagai negara maju pada 2020.

3 comments:

IamYonna said...

haih..tu baru tandas laki.
yang tandas pompuan ni lg la.

pad tu diorg sepah merata2..
berak x flush.
bodoh gile laa!!
busuk,hancing!!

eieiei geram tau.
kat umah cmtu gak kot!

Geek @ Kedai.TV said...

Toilet..rule is..kalau busuk dari luar....teruk lah tuh.... esp yang Majlis handle...

azrin @ www.azrin.net

Anonymous said...

mmg ramai org sebegini.. sy bekerja di salah sebuah PBT di lembah kelang.. dan terlibat dlm kerja penyelenggaraan tandas2 awam. sebenarnya bukan kami tak buat keje.. tapi mentaliti masyarakat dan pengguna yg sgt rendah. tak menghargai ape yg kami buat. bayangkan setiap kali kami repair tandas tu, selang beberapa hari je da sumbat, rosak, patah, dan mcm2 lagi lah. samapi kan cermin muka tu pun bleh pecah. bayangkan lah. yg tak flush tu jgn ckp la.. mmg org kite ni bodoh.