Nov 27, 2008

Senarai 25 Bandar Paling Bersih Di Dunia: Di Manakah Kita?



Jawapannya ialah TIADA DALAM SENARAI! Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mercer Human Resources Consulting ke atas 300 buah bandar terkemuka di seluruh dunia, mereka telah berjaya mengenalpasti 25 bandar paling bersih di dunia berdasarkan beberapa kriteria pemilihan.

Apa yang mengejutkan pada pendapat saya adalah negara jiran kita, Singapura yang terkenal sebagai sebuah bandar terbersih di rantau ini tidak tersenarai langsung dalam pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai 25 Bandar Paling Bersih di Dunia: -



Mengikut kepada budaya hidup masyarakat bandar terutamanya di Kuala Lumpur, saya tidak merasakan bahawa kita mampu untuk tersenarai dalam ranking tersebut untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. Peranan kerajaan dan badan bertanggungjawab sahaja tidak cukup jika rakyat sendiri tidak mahu menghargai keindahan yang dikurniakan kepada kita.


12 comments:

Jalaks said...

mungkin kerana kita hidup berbilang kaum..susah nak menyuruh meraka bersatu padu membersih kan alam sekitar..cuma mungkin sesetengah kampung yang masih lagi bergotong royong membersih kan kawasan..tapi di bandar..hanya mengharapkan Majlis Perbandaraan sahaja..

Anonymous said...

mlysia ni cntik tp syg rkyt nyer pengotor!

Anonymous said...

bukan Malaysia je malang, tapi negara-negara Islam yg lain. Takde satu pun yg masuk dalam top 25. Padahal islam sangat2 menitik beratkan kebersihan.

Adry said...

aku sokong komen si nemo tu... rakyat malaysia kurang kesedaran sivik...

Anonymous said...

jangan kata 10 thn lg beb...mengikut keadaan skang ni...aku rasa 100 tahun pn blm cukup..sistem pembuanngan n pelupusan sampah fail. tong sampah x cukup byk...fail lagi...perparitan cam sial sampai leh banjir...sangat la fail..

Anonymous said...

Actually bro..standards dropped and even dublin is not that clean... but OK ah. KL needs to buck up the buang sampah merata issue plus peparitan yang amat ketara...macam kampong sangat.

azrin @ www.azrin.net

Jalaks said...

yes..perparitan tuh sgt penting..aduh..

Tny said...

Errmm.. yang top sumanya negara omputih je.. dh ujung baru asia.. cmner nih?

Anonymous said...

camna KL nak masuk situ. Tgk je la Sg Klang, public toilets, belakang restaurants, dan byk lagi tempat yg sangat la kotor...

shah alam pun dah makin kotor sekarang sejak di bawah kerajaan PKR... x tau la kenapa... x de budget ke atau memang saja malas...

alien said...

hahaha..
rakyat kita x suka jaga kebersihan..
tgk je ah AEDES byk kan kes die..
pastu rakyat m`sia x reti bace.. "Jangan buang sampah di sini".. drg buang jugak..
Kerajaan letak tong sampah byk2 pun x guna sbb budaya rakyat kita membuang sampah di merata-rata..

Anonymous said...

ni semua ade kaitan dengan sikap masyarakat kita yang suka buang sampah sebenarnya

Anonymous said...

Saya rasa Zurich tak bersih macam yang disangka. Kenapa bandar seperti Adelaide tak masuk senarai? Adelaide sebuah bandar yang aman dan tiada masalah kesesakan lalulintas.

Bukan nak bangga dengan bandar negara lain cuma kita perlu belajar dari mereka.

Abufaris