Nov 24, 2008

Air Dicincang Tidak Akan Putus: Sejauh Manakah Kebenaran Pepatah Ini?

Tidak dinafikan masalah sosial dan juga kadar jenayah semakin meningkat hari demi hari. Namun begitu, cerita yang bakal anda baca ini (jika rajin) mungkin agak mengejutkan kerana ia berlaku di negara kita yang tercinta ini dan terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan majoritinya adalah penganut beragama Islam.

Negara-negara di sebelah Asia cukup terkenal dengan tradisi memukul anak-anak mereka bagi tujuan "mengajar/mengasuh" tetapi ada ibu bapa yang sanggup menjadikannya alasan bagi mendera anak-anak mereka sehingga menyebabkan mental dan fizikal anak mereka terganggu. Alasan yang biasa kita dengar adalah: -

"Kalau dari kecil tidak diajar, besar nanti jadi hantulah jawabnya"

Masalahnya, kebanyakkan jiran-jiran tidak mahu masuk campur ataupun sekurang-kurangnya melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana mereka "bersetuju" dengan cara yang digunakan bagi tujuan "mendidik" anak-anak.













Jika perkara ini berlaku kepada menantu, mungkin ianya tidak mengejutkan kerana memang sudah menjadi lumrah kebanyakkan ibu mertua tidak menyukai/merestu menantu mereka yang dikahwini atas dasar cinta tetapi masalahnya dalam kisah di atas, ibu yang mengandungkan anak tersebut dan mempunyai talian darah secara langsung sanggup melakukan perkara sebegini.

Cuma satu sahaja persoalan yang bermain di fikiran saya kini iaitu,

Bolehkah anak tersebut "menderhaka" kepada ibunya jika keadaan memaksanya berbuat demikian dan apakah akibatnya kerana dalam Islam "syurga berada di bawah tapak kaki ibu"?

6 comments:

Fazrulls said...

Salam Bro,

Sedih dan syahdu cerita ni dan aku rasa patut di filemkan atau di dramakan agar ia memberi pengajaran kepada manusia...

Wasalam,

Fazrul

Anonymous said...

aku ada baca gak kat metro smalam..aper la nak jadi ngan dunia skang ni..

Anonymous said...

beb...aku dh link kat ko..nanti jgn lupa link back kt aku wokey ?

Hahn 3rd said...

Kalau zaman dulu mungkin salah...tapi kalau zaman sekarang, aku setuju kalau dia menderhaka. Tak hantar duit bukan makna derhaka. Kekadang kita perlu me'ngajar'. Bangsa kita dari dulu mengharapkan anak untuk kesenangan diri sendiri. Berbanding bangsa asing yang berusaha mengkayakan diri terlebih dahulu...supaya anak-anak senang dikemudian hari.

Anonymous said...

apa dah nak jadi la ni da....

Anonymous said...

Aztaghfirullahhalazim.. Kesiannye.. Hope budak tu masuk syurga n Mak dia dpt hidayah Allah..ameen..😖