(sumber: wikipedia.org)
Sebagai negara yang pesat membangun, kerajaan dan pihak pihak pemaju sibuk dengan projek-projek mega yang melibatkan kos berjuta-juta ringgit bagi membina infrastruktur bagi membolehkan rakyat hidup dengan lebih selesa.
Namun begitu, di sebalik kemajuan tersebut, kita semua lupa tanggungjawab kita sebagai insan yang bertanggungjawab kepada alam persekitaran. Sungai merupakan suatu kurnian kepada kita dan tidak semua bandar metropolitan yang bernasib baik iaitu dapat mengekalkan keindahannya disebalik arus pembangunan. Malangnya kita juga tidak terkecuali: -
Mamak, teh tarik satu!
Beginilah gambar terbaru sungai "kesayangan" kita yang sempat saya rakamkan ketika mengunjungi Pameran Matta tempoh hari. Saya berasa amat terkilan dan malu melihat bagaimana kita semua mengambil sikap tidak endah terhadap keindahan semulajadi yang ada di sekeliling kita. Di sebalik kerajaan mengaut keuntungan berlipat ganda dari Pameran Matta dan juga pelbagai lagi acara yang berlangsung di PWTC sepanjang tahun, kita terdedah dengan "publisiti" murahan yang mencerminkan bagaimana kegagalan kita menangani masalah persekitaran di negara ini.
Siap ada air terjun lagi
Ibu kota lain sepert London atau Paris, begitu bangga dengan keindahan sungai mereka di mana pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sana. Malah, ianya menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke bandar-bandar terkemuka tersebut.
Paris River - siap boleh bawa boat!
(sumber: www.virtourist.com)
Saya tahu ramai akan mengatakan bahawa, France dan Britain adalah negara maju maka mereka mempunyai banyak wang untuk menjaga kebersihan sungai mereka. Tanggungjawab menjaga sungai bukan terletak kepada kerajaan semata-mata. Kita sebagai rakyat juga perlu ada kesedaran kita sendiri tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai. Sebelum mulut-mulut yang berkata, "cakap senang la, cuba buat", biar saya tunjukkan bukti: -
Venice River - takde pun orang baling sampah
(sumber: mae.metasyntactic.co.uk)
12 comments:
Pernah tgk kat majalah 3 pasal anak sungai dlm bandar di korea..cantik tul..
alah, bukan malaysia je macam ni. cuba tgk river thames kat uk. macam gampang pun ada juga tu.
kat sg kite de jugak org memancing walaupun xtau ade ikan ke x
alllllllllaaaaa tu ler psai sungai kiter ni nak slah kerajaan pon x leh mentaliti orang malaysia pon kene berubah jgn asik dok buang smpah kt sungai jer
hmm..ni yg terasa mcm nak g Paris ngn Venice river nih...
kota romantika!!!
baper rega ticket flight g saner hah?xsabar nk g nih...
Parisss!! here m Cominngggggg!!!!
Nice entry brother.
Cth: Pegi bank, sebelah (atau di sekitar) auto teller, resit2 bank berselerak di lantai... sedangkan tong sampah telah disediakan.
(alahai terbahasa baku formal pulak).
bagus n3 hari nih. Manusia skang ni terlalu mengejar kemajuan di dalam 'kekunooan.'Huih, bley trima ker ayat nih??dlm erti kata yang lain, maju tapi sebenarnya masih kuno. sampaikan sungai pun tak terjaga sedangkan kalau difikirkan, sungai ni bley jadi tarikan pelancong jugak..jarang dengar perdebatan di parlimen utk mempertahankan keindahan dan kebersihan sungai..hm...
eh, kalau ikut gambar yang ko ambik, kira cantik gak pe sungai tu. maknanya memang pihak berkuasa ade usaha ke arah mencantikkan rupa paras sungai klang/sungai gombak.
pasal ikan, memang melambak lagi ikan kat situ. aku penah gi kat quebec, canada - sungai dia memang cantik, bersih siap boleh nampak dasar dia - tapi sayang, sungai tu tak elok tuk kesihatan kulit sebab dah tercemar teruk. ikan pung tak mau idup dalam tu.
sebab tu aku bersyukur sagt sebab sungai klang kita walaupun masih kategori 'kurang memuaskan' tapi hidupan sungai kat situ masih hidup senang lenang. kalau nak mandi pun boleh pe.
dulu kan ade kes mamat bangla beramai2 berkongsi tido kat sungai klang - tak de plak dengar cite diorang dapat penyakit selama mogok kat situ.
kiranya usaha dah ada, cuma kite sebagai individu perlu sedar tanggungjawab masing2.
jagalah kebersihan sungai..Allah bagi kita sungai yg bersih tapi kita kotorkan...renung2kanlah..
huhu... terfikir gak jap pasal sungai di negara kita.. ramai orang sesuka hati jerr buang sampah kan.. mmm
Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com
tak semua river kat uk n paris ni bersih.. kat paris lagi la.. metro station busuuukk.. byk org mabuk kencing d jalanan.. :(
hello,
yerp.
saya bersetuju ngan anda.
sepatotny kite kene jaga sungai kite ni.
sungai klang ni sungai utama Selangor.
sungai yg penuh bersejarah, yg banyak bijih timah, dari hilir sampai ke hulu Klang, dan Hulu Gombak.
sungai yg penah dijadikan sebagai alat kemudahan utk para perahu belayar ke satu tempat lain di sepanjang sungai Klang.
sungai Klang adalah antara kuala/hilir Klang dengan Hulu Gombak, dan Hulu Klang.
sebab itu kite dikenali sebagai Lembah Klang skrg.
sbb Sungai Klang adalah sangat panjang, besar, dan mempunyai anak2 yg byk. cthnye, sungai damansara.
Sungai Klang ni, dah diguna sejak zaman neolitik lagi, ketika itu time tu dikenali sbg zaman kebudayaan dong son, sehingga zaman srivijaya, majapahit, kemudiannya melaka, johor, dan selangor, dan skrg malaysia.
pernah jadi pusat pelabuhan sewaktu zaman tun perak, 1300-an.
sepatotnye, kerajaan kene ada iniasiatif terhadap sungai bersejarah ni.baru kite leh gunekan kemudahan sungai. so jalan raya kemungkinan boleh dikurangkan.
gunakan cruis, or perahu, or jet ski utk sampai ke sesuatu destinasi. tp jangan charge mahal sangat suydah le.
main stesennye kite leh letak kat masjid jamik tu,.
sekadar pendapat je.
hehehehe,,
Post a Comment