Apr 3, 2009

The Godfather II: Penantian Yang Menyeksakan!


OMG, it's finally out! It feels like a gazillion years.

Untuk pengetahuan anda, sudah hampir 2 tahun saya tidak bermain computer game dan mungkin ianya akan berakhir dengan keluarnya edisi terbaru The Godfather II. Pertama kali saya bermain game ini, saya agak skeptical kerana ia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Grand Theft Auto dan biasanya game yang bersifat clone tidak sehebat game asal.

Jika anda tidak percaya lihat kepada Diablo dan juga Age of Empire. Kedua-dua game ini memiliki keunikan tersendiri dan mana-mana game yang cuba untuk meniru mereka sudah hampir pasti akan menemui kegagalan.

Secara jujur, walaupun saya sudah bermain game The Godfather tetapi saya tidak pernah menonton filemnya langsung. Jadi, jika ada sesiapa yang menyebut nama character, saya akan relate kembali kepada game ini.

Ini adalah pendapat peribadi saya, sesebuah computer game yang baik mestilah mampu berfungsi dengan baik walaupun tidak pada tahap optimum dengan hanya menggunakan komputer berprestasi rendah contohnya seperti komputer saya. Saya menggunakan Pentium 4 2.4 sahaja dengan RAM hanya pada tahap 1 GB.

Saya berharap The Godfather II mampu dimainkan pada komputer saya yang semakin uzur ini. Untuk pengetahuan ramai, versi komputer game ini sudahpun boleh didapati di laman web download walaupun secara rasmi ianya akan keluar pada hari Isnin minggu hadapan.

Namun begitu, saya mungkin perlu bersabar kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum bermain game ini. Bagi kaki game anda pasti tahu perasaan addiction yang saya maksudkan. Bila start sahaja bermain, memang susah untuk meninggalkan PC anda walaupun waktu makan.


Saya sendiri pernah duduk lebih 15 jam di depan PC hanya semata-mata bermain game komputer tanpa sebutir nasi pun di dalam perut.

Satu game yang saya masih nanti-nantikan adalah Diablo 3 tetapi saya yakin komputer saya tidak mampu untuk mencapai requirement paling rendah game tersebut.

6 comments:

Mindaku Di Sini said...

hehe..rilex bro..15 jam tuh sket lg...aku pernah main stret sehari stengah nak abeskan satu dungeon keeper...fight ngan member aku sape abes dulu...

aku pon dh lama tak main game..hanya layan game PC sajer..tp diablo 3 mmg amat dinantikan ! mungkin aku akan keluar dari puasa main game setelah diablo 3 kuar

Jairo said...

godfather game huhu aku belum pernah main tapi movie dia part 1 - 3 aku dah tengok 7 kali!!! Sememang movie godfather 2 adalah yang terbaik berbanding part yang lain.. huh game diablo tu jgn cakap mmg all time fav. aku dah lama dah tak main pc game kemunculan Diablo 3 tidak mustahil akan mengheret aku utk kembali ke kancah pc games!!!

bd fabregas said...

tukar pentium core 2 quad la bro.. br puas ati men game..

@dmin said...

mindaku: uish sehari setengah main game. record tu. diablu 3 nanti sure ketagih

jairo: bro, main game the godfather, sure x keciwa

bd: xde bajet lagi bro. nanti kot. tp skang pun tgh busy. haih

ariff said...

ram tu boleh tambah lagi boss.
kasi baeekkk punya.

@dmin said...

ariff: tu kalo tambah lagi ram blh overload kot. dh semput2 dah pc nie.