Apr 2, 2009

Saya Hampir di'Pau'!

Saya sebenarnya tidak pasti samada ejaan 'pau' tu betul ataupun tidak. Macam makanan pun ada tapi pau yang saya maksudkan adalah orang yang cuba memeras ugut anda bagi mendapatkan wang.

Semalam lebih kurang jam 10:30 malam saya ke Ampang Park yang terletak berhadapan dengan bangunan Citibank. Seperti biasa terdapat banyak kenderaan yang parking di bahu-bahu jalan kerana selepas office hour biasanya pihak penguasa tidak melakukan rondaan. Disebabkan saya hanya ingin singgah sebentar sahaja, jadi saya mengambil keputusan untuk follow the crowd dengan meletakkan kereta saya di tepi jalan.

Sebaik sahaja saya memadamkan enjin kereta, seorang lelaki berbangsa India merapati kereta saya. Saya sebenarnya berasa agak serba salah samada ingin turun dari kereta ataupun tidak kerana kebelakangan ini berlaku banyak kes jenayah di kawasan Ampang.

Disebabkan lelaki India tersebut hanya berseorangan maka saya memberanikan diri untuk turun dari kereta. Berikut adalah dialog: -

Lelaki India: Kasi bayar dulu.

Saya: Ha? Kene bayar ke?

Lelaki India: Mestilah.

Saya: Berapa?

Lelaki India: Lima (Lelaki India tersebut mengangkat tangan sambil menunjukkan 5 jari)

Saya: Lima? Lima ringgit?

Lelaki India: Yalah.

Saya: Kenapa mahal sangat?

Lelaki India: Ini kawasan saya jaga!

Saya tidak berfikir dua kali untuk masuk semula ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Yang kelakarnya, saya kemudiannya meletakkan kereta betul-betul di sebelah bangunan Citibank dan melintas jalan. Free of Charge!

9 comments:

Ben says said...

balik dulu ajak member2..pastu datang balik parking. skali lagi dia mintak pau, bagi dia karipap ramai2. haha :p

betul tindakan ko tu. jgn bagi dorg sesen pun. tapi seeloknya buat repot polis. polis skang malas nak gerak kalau xde repot.

cHeRyNa PiReS said...

ape masalah ngan die...kawasan tuh bapak die beli ke? huisshh...pelik laaa...

indra putu achyar said...

Kalo di daerah saya ini, PAU itu Pangkalan Udara, huehehehehehe

ariff said...

biaselah tu. dah lama dah benda ni menular.

@dmin said...

ben: ada rasa nak call polis tapi masalahnya dorang ronda gitu je la. bukan nak menyamar ke apa. tangkap bagi masuk lokap.

cheryna: tu la pasal. suka2 je nak mintak duit orang

indra: hehe. ejaan salah kot..

ariff: tapi mamat tu pakai smart tu. bukan macam india tepi jalan. itu yg agak musykil.

roshaizul said...

poyo gile mamat india tu

ariff said...

pakai smart?
huh. not bad dah sekarang.

@dmin said...

roshaizul: mcm2 orang pun ade skang.

ariff: tu ar. samseng pun dh pandai bergaya.

samdaddycool said...

Ikut macam Ben, bagi karipap ramai-ramai... Sukahati mak bapak diorang ni nak cari makan cara macam ni... kalau betul tapak tu diaorang sewa, memang patut la...