Mar 9, 2009
Streamyx Buat Hal Lagi. Jom Ramai² Tunjuk Perasaan!
Bengang rasanya dengan perkhidmatan Streamyx. Saya tidak pasti samada ada antara anda mengalami masalah yang sama tetapi setelah hampir 6 jam menunggu barulah Internet di rumah saya ketika ini kembali pulih 80% pada tahap normal. Masalah yang saya alami adalah kesukaran mengakses laman web Google, Blogger dan yang seumpamanya. Yang peliknya website lain tidak mengalami gangguan walaupun agak perlahan berbanding hari biasa.
Saya cuba menghubungi TMNet Streamyx centre bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini namun tiada seorang pun operator yang sudi mengangkat telefon. Habis jugalah beberapa ringgit kredit telefon saya membuat panggilan tersebut. Jika anda pernah menghubungi talian hotline Streamyx, anda pastinya tahu bahawa terdapat mesej automatik yang memberitahu pelanggan di kawasan mana yang sedang mengalami masalah. Apa yang saya tidak puas hati adalah, mesej tersebut terlalu panjang dan tiada kena mengena dengan kawasan saya. Rugilah jika saya terpaksa menunggu 1 minit semata-mata mendengar mesej tersebut. Nampaknya TMNet cuba mengaut keuntungan dari orang ramai yang menghubungi talian hotline tersebut.
Sudah banyak kali saya mengalami masalah di mana pekerja TMNet seolah-olah makan gaji buta dan tidak mahu melayan panggilan pelanggan. Mustahil jika panggilan sibuk kerana saya menghubungi mereka selepas pukul 12 tengah malam dan berselang 1 jam setiap panggilan.
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, mereka melakukan pembaikian atau maintenance tanpa memberikan notis kepada para pengguna bilakah ianya akan berlaku. Bayangkan ketika itu kita sedang melakukan tugasan penting yang deadlinenya adalah pada hari esok. Saya sebagai pengguna membayar RM88.00 setiap bulan kepada TMNet tetapi masalah sebegini seringkali timbul. Patutkah rakyat Malaysia mengamalkan budaya seperti di Amerika iaitu pengguna layak menyaman syarikat yang gagal memenuhi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna?
Disebabkan kegagalan menghubungi TMNet Streamyx centre, saya menghubungi terus kepada Telekom Malaysia centre bagi mendapatkan penjelasan dan juga membuat aduan. Terima kasih kepada flyguy yang sudi mengajar saya bagaimana untuk menghubungi pejabat tersebut. Caranya adalah dengan mendail 100 menggunakan telefon rumah anda (land line) dan kemudiannya menekan butang 1. Anda akan disambungkan kepada operator Telekom.
Saya berharap agar Wimax akan melebarkan jalurnya ke kawasan saya dan pada masa yang sama meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya pada ketika cuaca buruk supaya wujudnya persaingan dengan TMNet Streamyx. Jika bukan kerana Wimax masih kurang stabil, saya tidak ragu-ragu bertukar kepada perkhidmatan tersebut. Biar ini dijadikan pengajaran kepada pihak TMNet Streamyx tentang bertapa pentingnya menjaga kebajikan pengguna. Kita bukan guna secara percuma, kita bayar setiap bulan dan perkhidmatan perlulah setimpal dengan apa yang kita bayar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Same dude , i have the same problem with you ... sometimes , i feel like wanna bash up TM ... RM88 for nothing except slow and not stable lines ...
I tell you~ last nite until now i cannot browse my web just can open my msn onli~
Realli damn Tmnet~
Why~ Tmnet this word so beautiful but the line not~
Why~~
Anyone help it plz~
I also had similar problem like you few weeks ago. Can't access blogger and google website. Hope they give notice and more reliable internet connection in the future
Inilah natijahnya kalau monopoli produk berlaku. I'm trying to change to Wimax atau Jaring. Rasanya dah lali dah dah dengan jawapan TM tu, usually diorg. akan cakap diaorg provide service berdasarkan 'best effort' service. So kekawan, kalu subscribe 1mb nyer package, jgn terkejut la kalau tak pernah sampai even 512kb pun.....hai la labu....
they should give us back our $$$$$ tiu niah seng
wimax pon belum tentu lagi bagus atau tidak..
Hello.. Happy to hear from you. Of course, we you are interested, you can join my family.. :)
Tentang streamyx.. saya pun rasa bengang.. lambat dan tidak stabil. Saya dengar Wimax baik. Baik saya selidik dan cubanya, kan?
:D
wimax pon lebih kurang aja...sy pengguna wimax...line slalo slow lg biler time hujan...memang signal pon ilang lol...nak torrent lglah slow...xleh set port foward kat routernyer...sume ISP kat mesia suxla...but believe me,streamyx is the good one from all the bad 1
Hey Visit my Blog
mine is okay jew..
siap dok bace novel online kat blogger sampai tak henggat nak study!!
pergh..internet kat UK giler bapak besh ahh..
Post a Comment