Mar 6, 2009

Anoop Dogg is BACK!


Woohooo!

Keputusan untuk Wild Card American Idol baru sahaja diumumkan dan seperti yang saya jangkakan, beberapa peserta yang menjadi favorite saya melepasi pusingan tersebut. Bagi yang mengikuti American Idol, anda pastinya mengetahui bahawa 8 peserta dipanggil semula semalam untuk membuat persembahan bagi pusingan Wild Card.

Pusingan ini bertujuan untuk membolehkan panel juri yang terdiri dari Simon Cowell, Randy Jackson, Paula Abdul dan juri baru, Kara Dioguardi memilih peserta kegemaran mereka ke pusingan seterusnya. Peserta-peserta ini telah terkeluar pada peringkat awal kerana tidak mendapat undi yang mencukupi pada pusingan sebelum ini.

8 orang peserta tersebut adalah: -
  • Von Smith
  • Jasmine Murray
  • Ricky Braddy
  • Megan Joy Corkrey
  • Tatiana Nicole Del Toro
  • Matt Giraud
  • Jesse Langseth
  • Anoop Desai
Saya sudah menjangkakan 3 orang yang bakal dipilih adalah: -
  • Anoop Dogg
  • Matt Giraud
  • Jasmine Murray
Anoop adalah peserta pilihan saya bagi pertandingan ini di mana beliau sebelum ini terkeluar dengan hanya 20,000 undi yang memisahkannya dangan Michael Sarver. Matt Giraud dan Jasmine Murray pula mempunyai masalah memilih lagu yang bersesuaian dengan suara mereka. Namun begitu, dalam episode terbaru, mereka membuktikan bahawa America melakukan kesilapan kerana tidak memilih mereka sebelum ini dengan persembahan yang bertenaga.

Namun begitu, tahun ini Simon Cowell membuat kejutan apabila memilih 4 orang dari pusingan Wild Card untuk mara ke pusingan seterusnya. 2 lelaki dan 2 wanita. Seorang lagi peserta yang dipilih adalah Megan Joy Corkrey. Saya merasakan keputusan ini dibuat berdasarkan rating terbaru American Idol yang jatuh mendadak dari segi bilangan penonton. Ada kemungkinan kehangatan rancangan tersebut pudar apabila beberapa peserta yang layak ke Top 12, sebenarnya tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Saya sendiri agak bengang apabila Michael Sarver, Kris Allen, Scott MacIntyre dan Alexis Grace layak kerana terdapat beberapa lagi peserta yang lebih berbakat. Michael Sarver & Scott MacIntyre dipilih kerana kisah hidup mereka yang menyentuh perasaan. Alexis dipilih kerana rakyat Amerika tidak menyukai Tatiana Nicole Del Toro di mana format baru memerlukan seorang peserta wanita dari setiap pusingan. Manakala Kris Allen dipilih kerana rupa beliau.

Kemasukan semula Anoop Desai, Matt Giraud, Megan Joy Corkrey dan Jasmine Murray bakal menghangatkan semula pertandingan dan saya percaya salah seorang dari peserta ini mampu untuk merangkul kejuaraan. Cuma seorang lagi peserta yang saya agak kecewa apabila beliau tidak diumumkan untuk menyertai pusingan Wild Card iaitu Arianna Afsar. Saya harap beliau akan kembali dalam Season 9 nanti.

No comments: