Mar 13, 2009

Hujan Lagi: Jangan Banjir Sudah!


Saya tidak pasti bagaimana dengan kawasan tempat tinggal anda tetapi di sini jarang sekali hujan turun pada waktu pagi. Cuaca sebegini memang seronok terutama sekali bagi yang gemar dibuai mimpi. Nampaknya ramailah yang ponteng kerja hari ini ditambah lagi esok hari minggu.Walaupun hujan itu rahmat, harapnya ianya tidak terus berlanjutan kerana sebentar lagi Solat Jumaat.

Sempat juga saya melayan FlyFM sebentar tadi dan topik yang agak menarik; Friday the 13th. Baru saya perasan tarikh hari ini. Bagi yang beragama Kristian mungkin memiliki kepercayaan mengenai Friday the 13th. Pertemuan tarikh 13 haribulan dengan hari Jumaat dikatakan membawa malang oleh mereka. Jika tidak silap saya, Friday the 13th juga ada dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai pengikut Knights Templar dalam filem The Da Vinci Code lakonan Tom Hanks. Tidak pastilah samada ianya benar ataupun tidak.

Cuaca sebegini menjadikan saya tiba-tiba terasa malas. Banyak juga kerja yang masih belum siap. Agak panjang juga hujan kali ini, kalau tidak silap saya dari pukul 6:30 pagi tadi. Ada kemungkinan terdapat beberapa kawasan di Lembah Klang yang bakal banjir. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 1 - 2 jam lagi barulah hujan akan reda.

6 comments:

Khaizarien said...

ujan begini memg lmbt berenti..tp nyaman skali

Tirana said...

Sediakan payung sebelum hujan..hehehe

Hasnul Azizi said...

mSe neH baRu brGune troWonG SMART...

haHA...

alien said...

hujan renyai2 ..
xde banjir kot

Syalily said...

yoy.... lorong depan U aku naik lagi air malam ni.. macam biasa.. disebabkan pembinaan dan longkak yang tak dijaga.. penuh rumput..
air tak leh lalu..

banjir...........

@dmin said...

agak-agak bilalah masalah banjir kilat di lembah klang nie akan berakhir.