Kenapa agaknya lelaki kacak dan wanita cantik, kurang disenangi oleh mereka yang kurang bernasib baik?
Here's my theory.
Sebenarnya kebanyakkan kita bukannya benci dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Walaupun ada yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi saya percaya ramai antara anda yang suka berkawan dengan orang yang cantik atau kacak. Malah, jangan terkejut jika saya katakan ada antara individu yang hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai paras rupa yang cantik.
Namun begitu, apa yang menimbulkan iri hati di kalangan kita adalah bagaimana alam semesta berfungsi. Maksud saya mereka ini beruntung dalam pelbagai aspek. Peluang bagi mereka ini lebih luas berbanding orang biasa seperti kita dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan orang biasa seperti kita perlu melakukan sesuatu yang extraordinary.
Contohnya, ada sesetengah bidang dikhaskan semata-mata untuk golongan ini contohnya bidang modelling, lakonan dan sebagainya. Walaupun ada juga yang tidak berapa cantik masih mampu menembusi pasaran tersebut, majoritinya adalah sebaliknya.
Hidup ini tidak adil.
Saya teringat lagi seseorang berkata kepada saya, "dah la cantik, kaya pula tu, senangnya hidup dia". Contoh yang paling mudah adalah Ivanka Trump, anak billionaire Donald Trump. Atau bagi lelaki pula, "ala senanglah dia dapat awek cun, kita tak macam dia".
Saya percaya ada pengalaman di mana sewaktu di sekolah, cikgu anda hanya menumpukan perhatian kepada sesetengah pelajar yang cantik. Atau, anda gagal ujibakat/temuduga kerana kurang cantik berbanding rakan anda walaupun anda lebih berbakat. Atau, jawatan dalam persatuan atau kerja diberikan kepada mereka walaupun anda merasakan diri anda lebih layak.
Saya bukan anti terhadap golongan ini jauh sekali mempertikaikan kurniaan Tuhan kepada mereka cuma ini adalah apa yang saya lihat sepanjang pengamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa setiap manusia perlu diberikan peluang sama rata dan bukan hanya menilai kepada luaran. Masalahnya bukan apa, orang biasa seperti kini ini jugalah yang sebenarnya menjadikan golongan cantik/kacak ini 'istimewa'. Jika kita semua menganggap antara satu sama lain adalah setaraf, maka perkara sebegini tidak akan berlaku.
Tidak hairanlah mengapa produk kecantikan sangat laris dijual. Macam-macam produk aneh yang saya lihat di kaca TV; yang gemuk ingin jadi kurus, yang gelap mahu menjadi cerah. Dan bagi mereka yang semakin lanjut usia dan memiliki kemampuan akan mencuba botox dan pembedahan plastik bagi mengembalikan rupa asal mereka. Ada yang lebih ekstrem terutamanya bagi golongan wanita, sanggup melakukan implant untuk membesarkan sesetengah bahagian badan atau menggunakan khidmat bomoh untuk memasukkan susuk ke dalam tubuh mereka.
Dunia kini semakin menjurus kepada generasi yang superficial terutamanya dengan pengaruh media massa di sekeliling kita. Kita kini terbahagi kepada 2 jenis;
- Tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
- Pedulikan apa yang orang lain cakap.
10 comments:
yep yep.
salam...
bloghopping akibat bosan...
aku tak pakai make-up...
aku tak guna implant...
aku tetap cantik...hehehe...
tapi, betul la...orang yang cantik...tak pas spm pun boleh jadi secretary...
tak pandai bercakap pun boleh jadi pengacara...
tak pandai nyanyi pun boleh jadi penyanyi...hehehe
Errmm... itulah kan.. lagi satu hal.. kita leh terjurus kepada persepsi judge the book by it's cover.. tanpa mengenal isik di dalamnya..
Kan?
siapalah tak suka 'benda' yang cantik kan?
cantik tu cantik jugalah tapi yang penting hati mau baik
Aku setuju org yg cantik/kacak tu byk kelebihan. Tapi bagi aku beauty with no brain, memang x ada makna langsung. Mereka bleh dpt kerja guna kecantikan/kekacakan tapi sampai bila mereka boleh tutup kebodohan mereka dengan wajah mereka.
Lagi satu,kesempurnaan paras rupa bersifat sementara. Akan hilang ditelan waktu. Kalau kita memahami hakikat ni x ada sesiapa yang patut rasa meninggi diri atau berkecil hati dengan kelebihan atau kekurangan yg dimiliki.
Semua orang ada kecantikan sendri yg tersembunyi. Mungkin ini yang kita patut kaji dalam diri.
Ermm bt ape cntik aje klu hati x suci..biar diri kita yg mencerminkan kecantikkan keperibadiaan..jgn jd org lain,biar x cntik tp di senangi..tp klu cntik lak,ssh jgk kan?...
lelaki cantik cane bro? Laki dlm gambar first tu hensem ke...nmpak cam ghey adalah...
tapi kalo prempuan cantik, siapa yg x suka...huhu
cantik ke hensem ke
kentut busuk jugak haha
smeua tu photoshop jekkk
tul! skali pikir dunia ni memang tak adil...huhuhu
memang dah adat dunia yang cantik tu enak di pandang/dipuji yang hodoh kau2 kene kutuk...
yg pasti inilah ujian/ketentuan oleh Pencipta untuk kita..
kalo ko cantek/ensem tp ko takbor,balagak,kerap tkr2 cewek/cowok kt dunia lagi org da benci..
bagi yg tak tergolong dalam group ni redha lah dengan apa yg ada..
yg pasti ada org yg lebih lg kekurangan dari kita..
wa'allahualam....
hhhmmm, entah ler :(, tak tahu nak cakap apa.
Post a Comment