Dec 5, 2008

Last Minutes Lagi!


(sumber: http://writing.umn.edu)

Jam sudah menunjukkan 1:10 pagi tetapi assignment masih belum siap lagi. Orang putih kata, "far from over". Walaupun tidur agak lama siang tadi tetapi mata agak mengantuk ditambah dengan perut yang ¾ kenyang. Masalah utama ialah, deadline adalah selepas solat Jumaat nanti dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan. 

Sebenarnya tajuk assignment ini sangat menarik tetapi 2-3 minggu kebelakangan ini, fokus agak lari dan masa banyak diluangkan dengan kerja-kerja yang kurang penting, contohnya blogging. Bila sudah last minutes, mulalah kelam-kabut. Nasib baiklah saya bukan jenis yang tidur ikut jadual. 


(sumber:http://easports.com)

Dari dulu lagi saya sudah terbiasa tidur lewat dan adakalanya tidak tidur 1 - 2 hari tetapi kebanyakkan masa dibazirkan bermain computer games. Saya masih ingat lagi ketika mula-mula mendapat komputer, waktu itu tahun 1998 dan game pertama saya adalah FIFA 98. Berjam-jam lamanya duduk di depan PC sehinggakan sampai tahap di mana lupa makan dan tidur. Mungkin sebab itulah saya agak kurus. Gunakan tips ini jika anda ingin kurus ^^. 


(sumber:http://blizzard.com)

Kemudian, tidak lama selepas itu muncul pula Diablo. Bagi penggemar permainan video, anda pastinya mengenali game ini dan pastinya tidak sabar menunggu Diablo III yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Nampaknya ramailah yang tidak tidur nanti semata-mata ingin menghabiskan game tersebut. Saya masih ingat lagi, habis rosak beberapa mouse yang saya kerjakan semata-mata kerana bermain Diablo. Pada masa itu, teknologi mouse tidaklah sehebat sekarang ini dan kurang tahan lasak.

Berbalik kepada cerita assignment tadi, masalah yang paling besar saya hadapi adalah apabila menulis documentation. Saya mengakui bahawa saya tidak berkebolehan menyusun ayat dengan baik berbanding kebanyakkan orang lain. Agak sukar bagi saya menulis tesis berpanjang-panjang ela. Jika anda melihat blog ini juga, saya jarang menulis post yang begitu panjang. 

Sebenarnya saya agak kagum melihat mereka yang memiliki kebolehan mengarang atau mampu meluahkan sesuatu dalam penulisan yang terperinci. Pada saya ianya suatu bakat yang dikurniakan kepada mereka. 

Nampaknya sampai di sini sahaja post saya kali ini (sambung kembali assignment).

14 comments:

Anonymous said...

huhu.. last minute work? biasalah tu.. hehehe..

ye ke nak kurus main game? aku main game byk2 pon x kurus2 pon.. BMI maintain 35..

Abahnajwa said...

Salam kunjung Slumber..

Ha'ahlah..abahpun kemaruk main diablo ni dulu..masa muda belia rumaja dulu..skrg dah tua ni suka nengok anak2 jer main games PSP dan PS2..ahaks

HANA bUdaK cEkElAt said...

aik? asaiment? tak cuti sem lagi ke?

;p ;p

kuchalana said...

sonok buat keje last minit ni.. panas lagi... kekeke.. anyway.. aku dulu pon gile game gak.. tapi lama2 pikir balik.. aku tlah membuang masa dan hidup aku pada perkara yg kurang memberikan aku keuntungan... one day u will realise what i am saying...

Fazrulls said...

Salam bro... hee betul tu.. aku pun kurus gak.. 1st time dapat pegang computer masa tingkatan 4.. sebab aku amik subject pengurusan ada subjek komputer.. heee masa tu guna dos ja.. sebagai OS.. hee.. game yang aku suka pun fifa 98.. dan diablo.. hee betul mouse dia selalu rosak.. selalu tercabut dia punya bebola.. hahaha hee aku guna windows 1.0.. lepas tu 2.0 .. 3.0..3.11..NT..Windwos 95 masa belajar kat politeknik.. heee..

Bab assingment paling aku malas.. aku bab2 penulisan ni lagi teruk.. bukan saja nak susun ayat.. nak mengeja pun payah.. hee. maklumlah kurang berminat nak baca heee.. tapi alhamdullilah.. sampai gak aku belajar kat universiti..

assingment last min tu memang aku punya favorite lah. hee. time tu buat mesti jadi.. heee..

Ok bro.. keep on blogging..

alif-mikail said...

DIABLO tu koi khatam sampai DIABLO II.. tu belum kira masuk kategori PS/ PS II / PS 3 dan XBOX.. peh.. gila game jugak rupanya koi.. ahhaa

eleza737 said...

sy pun layan computer games ni..
kalau dulu2.. slalu main Age of ampire/caeser/pharaoh/zeus/sim city.. semua yang bine2 kerajaan/bandar..

pastu stop main agak lame sebab mase tu tatau nak install dr cd.. install2 je tabuleh main.. huhu..

then sejak dah tau install ni.. main FIFA08 je laa.. nak istall manyak2 kang hang je lappy ni.. hhee

Noreen Ruszalin said...

hi you =)
kaba baik.kamu?

NA. said...

time kasih sggah blog saye
:]

Jalaks said...

diablo tu jalak x maen sbb takut..ntah apehal agak nyer..

alaa..bnyk kan membaca mesti boley buat ayat panjang2..

gud luck

Mak Su said...

berhantu itu adalah blog, computer games, dan slumber...oops!

Tny said...

Assignment + Diablo = hantu assignment x siap!!!

:))

Dlu masa memula kuar, main jugak game nih.. pastu.. dh stop.. sbb hantu tu x mati2..susah nk cr!!!

Anonymous said...

Diablo!!! I like!

p/s:
bila nak pasang inline commenting ni bro....

Dba Ghani said...

rileks ye!!!saya ada..leh tolggg