Saya tidak pasti samada gejala ini berlaku di kawasan luar bandar tetapi pintu rumah saya sentiasa diketuk setiap kali tiba Aidilfitri. Samada ibu bapa mereka mengetahui kegiatan ini atau tidak, saya kurang pasti. Yang menyedihkan tabiat ini tidak ubah seperti meminta sedekah. Saya tidak keberatan menerima kunjungan kanak-kanak ini ke rumah saya jika mereka mahu makan kuih raya dan sebagainya tetapi jika mereka muncul di depan pintu dengan ayat, "Encik, nak duit raya boleh?", saya tidak berapa gemar.
Bukan bermaksud saya ini kedekut kerana saya boleh sahaja memberi RM1.00 setiap seorang tetapi ini tidak ubah seperti saya menggalakkan mereka meneruskan perbuatan ini. Sebenarnya dalam Islam sendiri tidak ada perkataan "duit raya" di mana saya percaya tradisi ini diadaptasi daripada budaya memberi Angpow oleh kaum Cina khususnya.
Jadi jika ada yang mengetuk pintu rumah anda, ajarlah kanak-kanak tersebut cara mendapatkan duit raya seperti berikut: -
19 comments:
Salam bro,, anggaplah sebagai sedekah.. kita dulu pun macam tu juga.. tapi tak taulah kan...
Orait.. harap raya tahun ni meriah..
salam...ibu bapa kena la ingatkan anak2...kalau org kasi duit raya terima, kalau org tak kasi jgn pula meminta atau tertunggu2...
Salam Raya dari @pp..
anak2 @pp diajar supaya tidak meminta bila beraya dan apabila diberi peket hijau, anak2 @pp diajar agar tidak membukanya didepan tuan rumah..
insya allah @pp sentiasa menerima anak2 yang dtg bertandang ke rumah.
SElAmAT HARi RAya...
huhuuu...bestnye rayeee...samat ari rayeeee kat tuan umah..hik hik...;)
Bagi tie, anak2 hanya beraya bersama org dewasa, ke rumah yang mereka kenali(saudara,jiran2 atau kawan2 saja) Ini juga untuk keselamatan mereka. Tie memang tak setuju anak2 dibiar pergi beraya ke merata2 rumah orang , memang seperti meminta sedekah. Ada yang dtg semula bawak kengkawan pulak.Tie pun dulu hanya beraya bersama keluarga..malu pula nak pergi ke rumah orang sembarangan.
itula masalahnya...
kite yg terikut2 budaya orang lain...
yg penting mak abah kene ingatkan anak-anak laa...
bende ni bukan wajib pun, tp kdg2 kalau xbgi serba salah gak..
tp kite niat sedekah, dapat pahale... :)
Ups, bagaikan langit dan bumi perbincangan dalam en3 ini dgn cnth yg diberi :D
Apa2pun, selamat hari raya maaf zahir batin.
InsyaAllah saya link blog u di blog saya
takpe...diorg mintak bukannya ari2. time raya je. niat sedekah aje. peace!
aku biasanyer akan minta bebudak tuh makan2 dulu. then borak2. hehe :)
Kitaorg akan bagi duit raya kat bebudak yg kenal ajor...yg tak kenal minta maap aje la...and mostly yg dtg ngan parent...bukan ape...bebudak kekadang dtg rmh minum 1 teguk air then nak balik...membazir air di hidang...bukan kedekut tapi membazir ni amalan syaitan!!!
Masa kecik² i di ajar jgn minta duit raya...klo org bagi syukur alhamdulillah...tak bagi no hal...owh...masa kecik² i beraya jalan ngan mak pak ajer!!! bebudak skrg mak ai...berani jalan tanpa org dewasa...tak takut kena culik!!!
Mak pak yg ade kat luar itew...SILA AWASI ANAK² ANDA...diaorg nak jalan SILA IKUT SEKALI!!! Kang dah hilang nangis tak hingat dunia!!! Sekadar peringatan...dah byk kes kan...
1)kalo bebudak dtg, akak bagi duit dan bagi jugak 'nasihat manja'
2)tapi anak sendiri takat ni masih berjalan dgn keluarga,InsyaAllah akan diajar supaya lebih bersopan dan menghormati org
rasanya takder salah lam 'budaya' penerimaan atau pemberiaan duit raya ni. Budaya bg angpau lam kalangan orang China dilakukan atas dasar budaya (Cina kat China pun ramai yg Islam). Sama gak ngan budaya guna 'chopstick'. Ia semata-mata "budaya". Tiada kaitan dengan agama.
Singgit???...bagi duit raya sampai singgit???...aku ikut nilai penurunan harga petrol semasa...kalau minyak turun singgit aku sedekah singgit. Baru-baru nie cuma turun seposen...so...aku bagi seposen jer lah...Kat TV tu selalu jer ada citer orang miskin..mereka lagi perlu duit berbanding budak-budak yang datang beraya dengan baju Adidas atau Nike...
Walaupun pemberian duit raya diadaptasi dari budaya cina, namun demikian budaya tionghua tidak mengalak anak anak mereka mengetuk rumah orang demi meraih angpow. Di samping itu, budaya Tionghua juga mengajar anak anak mereka jangan membuka angpow di depan pemberinya kerana ia dianggap tabiat yang amat kurang sopan.
Selalu juga melayan budak² dtg berhari raya...selalunya saya suruh dia masuk, suruh dia makan..layan seperti mereka juga org dewasa...ada org kalau budak2 yg datang dia layan nak tak nak je... sembang2 tanya anak sapa, duduk mana...so...baru bagi duit raya.
Setakat ini belum ada yg ketuk pintu rumah terus minta duit raya
then macam ni le kan, jangan kasi duit raya, but instead, hari2 kasi duit and soh derang kumpul untuk jadi duit raya. cause duit raya tu datang setahun sekali kan, tu yang budak excited tu.
nasib baik le REd ni masih student... kekekekek
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
budaya memberi duit raya bukanlah satu pendekatan yang menyalahi tuntutan syarak. Amalan ini dibolehkan kerana dianggap sebagai satu sifat terpuji kerana bersikap dermawan. Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT Maha Dermawan dan Pemurah dan suka kepada orang yang bersifat pemurah dan dermawan, Dia juga suka kepada ketinggian akhlak yang luhur dan membenci sifat kikir." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dengan darjat hadis yang sahih)
Tindakan positif dengan memberi duit raya tidak ada kena mengena dengan ajaran agama lain selain Islam, malah Islam telah memperkenalkannya sejak kedatangan nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa menganjurkan akhlak dan sifat terpuji.
Post a Comment