Oct 3, 2008

Rumah di Cyberjaya: Berbaloikah Pelaburan Anda?

Berita ini menarik minat saya kerana saya sendiri pernah tinggal di Cyberjaya hampir 3 tahun kerana belajar di MMU. Walaupun bukanlah seorang yang pro dalam memberikan tips hartanah, saya mungkin dapat memberikan beberapa nasihat/tips sebelum anda membeli rumah di sana.

Dari segi nilai komersial, saya berpendapat bahawa kos rumah di sana agak tinggi berbanding beberapa kawasan lain di sekitarnya seperti Seri Kembangan dan Dengkil. Mungkin ianya disebabkan oleh kawasannya yang dipenuhi dengan pejabat seperti DHL, HSBC, BMW, Dell dan sebagainya. Selain itu, ianya dekat dengan institusi pengajian tinggi seperti MMU dan Lim Kok Wing di mana pelajar-pelajar lebih gemar menyewa di sana berbanding tinggal di kampus.

Namun begitu, sekiranya anda tidak memiliki kenderaan sendiri, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan 'barang dapur' kerana shopping mall yang paling dekat adalah Alamanda Putrajaya ataupun Jusco Seri Kembangan. Memang benar ada kemudahan bas dan teksi tetapi tambang untuk teksi adalah tinggi kerana pemandu di sana mengenakan caj yang tinggi (kerana terdapat banyak foreigners) dan bas pula mempunyai selang masa yang panjang antara satu bas dengan bas yang lain (saya pernah tunggu lebih 1 jam).


Bagi anda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Cyberjaya, anda mungkin dapat merasakan kelainan dari segi cuaca di sana. Pertama, suhu di sana lebih tinggi berbanding di Kuala Lumpur. Jika anda merasakan KL adalah bandar yang sangat panas, anda mungkin perlu berfikir semula selepas tinggal beberapa hari di Cyberjaya. Cuaca panas Cyberjaya berbeza kerana ia lebih kepada panas dan kering (umpama gurun) berbanding Kuala Lumpur yang panas tetapi lembap. Hujan di Cyberjaya boleh dihitung dengan jari dalam sebulan tetapi jika hujan turun, ia sangat lebat dan memakan masa berjam-jam untuk berhenti.

Bagi yang bujang pula, terdapat food court yang digelar sebagai 'terminal' oleh warga Cyberjaya untuk anda membeli makanan selain terdapat beberapa restaurant di sekitar kawasan tersebut. Namun begitu, rakyat Malaysia terkenal dengan tabiat suka makan lewat malam (lepak) dan hanya beberapa tempat sahaja yang dibuka 24 jam di mana masalah yang timbul adalah, samada ianya kurang sedap ataupun terlalu mahal (tiada pilihan). Bayangkan jika harga nasi putih + kuah kari + sotong goreng berharga RM8.00.

Jadi, lakukan penilaian anda sendiri samada ianya berbaloi ataupun tidak?


1 comment:

Hahn 3rd said...

perghh RM8 tuu...mana nak isi minyak lagi, nak bayar tol lagi, nak bayar sewa lagi, top up prepaid lagi...ramai lerr yang membujang 2 3 tahun akan datang nie...nak kawin duit tak ader...ala emak kawin kan aku..cakpong...cakpong...