Oct 20, 2008

Ranking Universiti Terbaik Dunia. Di Manakah Kita?



Puas hati? Sudah tentu tidak wahai bakal PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Buktinya adalah pilihanraya Mac lepas di mana ramai generasi muda yang mengundi parti pembangkang kerana tidak berpuas hati. Jika mahukan perubahan kita mesti mulakan dengan kerajaan. Kerajaan yang baik menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi.

Lihat sahaja buktinya, tiada satu pun universiti tempatan yang berada dalam ranking 200 universiti terbaik di dunia selepas Pak Lah memegang tampuk pemerintahan sedangkan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia pada suatu ketika dahulu sangat dikagumi dan disegani oleh dunia luar.

Berikut adalah ranking 2008 bagi universiti terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh The QS: -



Universiti negara jiran kita iaitu National Universiti of Singapore berada pada kedudukan ke-30, meningkat 3 anak tangga dari tanggak ke-33 pada 2007. Jadi persoalan utama, di manakah ranking universiti tempatan kita? Wahai pembaca yang dikasihi sekalian, jangan pandang rendah dengan mutu dan kualiti universiti tempatan kerana kita masih berada di dalam ranking dunia.






Hebat tak?

6 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

UTM baru masuk last year...

But still, masih mengejar ranking untuk menjadi yang terbaik...

Tapi insyaALLAH, dari segi yang teknologi atau engineering, kami mempunyai ranking tersendiri.

Whitetulip Tales said...

pelbagai pihak kena mainkan peranan..bukan setakat menyalahkan owang len. Yang penting, maju setapak demi setapak. Skang nih, ramai jugak graduan tempatan kita yang dapat peluang bekerja di luar negara. mencipta nama lam pelbagai bidang...harus dibanggakan jugak..

Zumie said...

hemm jauh ketinggalan kan..so kene lah wat strategik nak naikkan U dalam malaysia nie huhu

Anonymous said...

x menarik betul position uni2 kita yer...

Teman2 Sekalian said...

apapun.. walau jauh mana ketinggalan... mummy tetap berbangga dengan UM... hehehehee

cheryna zamrinor said...

kalo dah duit LOAN asek lambat dpt sampai kebulur, buku tak dpt beli walopon dah mid-sem...ingat org nak undi lagik ke?
hehehe...