Oct 22, 2008

Detik Youth'09 Bermula!


Semalam saya sempat menghadiri majlis bagi merasmikan Youth '09 yang diadakan di PWTC oleh YouthMalaysia. Sidang ini bertujuan untuk menarik lebih ramai penaja untuk menyertai acara yang julung kali diadakan ini. Youth '08 yang diadakan pada bulan Januari 2008 yang lalu telah berjaya menarik penyertaan seramai 20,000 orang remaja dari seluruh negara.

Tidak cukup dengan itu, YouthMalaysia kali ini telah menetapkan misi mereka bagi mengumpulkan 50,000 orang remaja bagi menyertai Youth '09 yang bakal berlangsung pada 9 - 11 Januari 2009 nanti. Sidang yang berlangsung siang tadi dihadiri oleh beberapa tokoh terkenal seperti Joel Neoh (YouthMalaysia's founder), Timothy Tiah (Nuffnang's co-founder), dan beberapa lagi wakil media.

Untuk pengetahuan semua, saya dijemput menghadiri sidang ini di atas jasa baik dari co-founder CekikDarah.com iaitu Ken dan ketua editornya, I-Myn. Bagi yang tidak mengetahui, CekikDarah.com merupakan salah sebuah blog yang tersenarai dalam kelompok komuniti yang menyokong YouthMalaysia. Tema bagi CekikDarah.com adalah berkaitan tentang kesedaran tentang betapa pentingnya remaja mengetahui konsep kewangan yang betul.



Kami sempat berbual dengan beberapa orang wakil dari Utusan yang sudi meluangkan masa mereka menceritakan pengalaman mereka serta memberikan tips yang berguna kepada golongan muda seperti kami. Nasib baiklah mereka tidak mengetahui yang saya seringkali meng"kritik" berita yang dikeluarkan oleh Utusan Online (shh... diam-diam). Mungkin ini adalah karma kepada saya.

Jangan terlepas untuk mengikuti Youth'09 nanti kerana banyak acara serta hadiah yang menarik menanti anda semua.

4 comments:

Unknown said...

owwhhh saya tidak mengetahui pape pasal ini program..
sudah tidak remaja kah??
ini tahun terakhir saya bergelar remaja...
*sudah tua*

pRincESs_N said...

nice 2 meet u.....exchge link k...

Mak Su said...

wow! tapi saya macam dah tak layak dah

Adry said...

wow.. bestnya... jeles lak.. hehe..


Adry @ http://www.adrysabry.com