Oct 13, 2008

Datuk oh Datuk!




Berita ini mungkin agak lapuk dan mungkin anda semua telah mengetahuinya tetapi saya ingin menyentuh sedikit mengenainya. Saya masih ingat lagi sewaktu zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan-rakan bertukar-tukar pendapat mengenai cita-cita apabila dewasa nanti. Pada ketika itu, ada seorang rakan yang mengimpikan gelaran "Datuk" mungkin kerana begitu menghormati status tersebut yang sukar diperolehi.

Saya juga berpendapat sedemikian kerana pada waktu itu gelaran "Datuk" tidak diberikan sesuka hati seperti kini. Pada pendapat saya, "Datuk" adalah umpama gelaran "Sir" di England di mana bukan semua orang layak menerimanya tetapi kepada mereka yang memberikan sumbangan yang sangat besar di negara tersebut.

Malangnya di Malaysia, gelaran tersebut umpama sudah "turun pangkat" dan mungkin tidak diiktiraf oleh kebanyakkan negara kerana cara pemberiannya yang terlalu "mudah" kepada sesiapa sahaja walaupun sumbangan yang diberikan oleh individual tersebut terlalu sedikit.



Artikel ini bukan bertujuan untuk mengkritik sesiapa tetapi terdapat beberapa contoh yang saya rasa tidak wajar menerima anugerah ini seperti penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Memang benar Siti menerima banyak pengiktirafan atas kejayaan beliau dalam dunia hiburan tetapi saya merasakan beliau terlalu "muda" untuk menerima gelaran ini dan sumbangan beliau kepada masyarakat adalah tidak seberapa sedangkan P. Ramlee mendapat gelaran Tan Sri selepas meninggal dunia.



Begitu juga dengan Nicole David dan Lee Chong Wei yang pada saya masih "muda" walaupun memegang gelaran pemain nombor 1 dunia. Saya merasakan gelaran tersebut hanya wajar diberikan selepas mereka bersara nanti. Ini kerana kita tidak mahu pemain negara menjadi leka dengan kejayaan mereka yang akhirnya merugikan pemain tersebut dan juga Malaysia. Buktinya apa yang berlaku kepada Lee Chong Wei yang gagal merangkul sebarang kejuaraan sejak bergelar Datuk selepas sukan Olympic Beijing yang lalu.


(sumber: http://photobucket.com)

Terbaru, gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Jangan salah faham kerana saya sukakan lakonan beliau dan mengakui bakat beliau tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan ianya suatu penghinaan kepada gelaran tersebut kerana: -
  • Shah Rukh Khan bukan rakyat Malaysia dan beliau juga tidak tinggal di Malaysia.
  • Beliau juga tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan yang menggambarkan bahawa beliau sendiri tidak menghargai gelaran tersebut sedangkan jika diberikan anugerah Grammy atau gelaran "Sir" oleh Queen Elizabeth, beliau pastinya hadir.
  • Beliau sememangnya tidak akan menggunakan gelaran tersebut pada nama beliau seperti ahli-ahli politik di Malaysia. Jadi, tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia tidak mampu untuk mempromosikan Malaysia seperti yang cuba dilakukan oleh kerajaan Melaka.


(sumber: http://myfilmblogs.com)

Isu "Datuk" ini bukan baru-baru ini sahaja hangat dibincangkan. Sebelum ini, pemberian Datuk kepada Michelle Yeoh turut dipertikaikan oleh orang ramai. Tiada sebab yang kukuh mengapa beliau layak mendapat anugerah tersebut.

Jika suatu ketika dahulu, timbul isu di mana sesiapa yang ingin mendapatkan gelaran Datuk perlu fasih berbahasa Malaysia, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya tanpa sebarang "requirement". Saya tidak pasti samada ura-ura ini benar ataupun tidak tetapi saya ada mendengar bahawa sesiapa sahaja boleh mendapatkan gelaran ini dengan syarat membayar sejumlah wang dengan nilai tertentu.

Samada benar ataupun tidak, gelaran Datuk tidak mempunyai nilai yang setara seperti suatu ketika dahulu. Jika trend sebegini berterusan, "Datuk" tidak lagi akan dihormati oleh masyarakat dunia dan tempatan. 

13 comments:

JULIE said...

Kat Mesia ni, if kita baling batu ke satu kumpulan orang, chances is satu akan terkena kepala seorang Datok.. errrhh.. mmg x patut yg bukan rakyat Msia dapat gelaran tersebut... entah apa lah jasa dia terhadap negara kita..

Anonymous said...

aah...
aku pon dah anggap 'datuk' nie makin murah...
xde ape yang nak dibanggakan..

ada cucu lagi bangga

Dba Ghani said...

hak!!aku bru post tu..huuuu..
lagi dasyat kritik aku!

♥corcraze♥ said...

haha..i was so shocked bila taw shah rukh khan yg bkn malaysian tu dpt datuk!!
entah la i hv no words to describe pasal isu nih!
terlampau marah sgt!
whos to blame??
what can we do??
what power do we have to change all of this?
eventhough we criticise them??
huhuh..so upset me!!

Anonymous said...

aku nak pindah gi melaka... mana lah tau...

Zumie said...

hehe..x terkomen plak..datok shah rukh khan ekeke lawak plaks:P

Anonymous said...

bg pun kat SRK bukannya dia nak pakai gelaran tu pun.Nilai Datok dah macam nilai graduan U,bersepah tiada nilai......

Anonymous said...

Artis malaysia kena cermin diri tu dulu. macam la terror sgt berlakon. Kalau setakat dalam MalayISA, bila nak maju. Piiiirahhhh....

Ikut la contoh Raihan walaupun cuma nyanyi nasyid, tapi satu dunia dah pergi.

Anonymous said...

dah rakyat malaysia sendiri sucks tak tau nak promote malaysia tak creative marah2 kan org lain plak dapat datuk, ape nak jadi? ko tu majukan diri sendiri dulu seblum nak kutuk2 org lain, pastu maki2 sultan plak tu org malaysia ni langsung dah takde budi bahasa betul, ko tu bodoh tak baca news alih2 marahkan org plak dapat datuk.

Hahn 3rd said...

Aku setuju dengan gelaran datuk diberi kepada orang yang berumur sedikit. Bukannya jeles dengan pangkat yang diaorng dapat. Tapi Datuk diberi oleh institusi sultan. Tinggi nilainya...kalaulah yang muda-muda tu buat tak senonoh satu hari nanti, kan ke busuk pangkat Datuk tu...macam sesetengah yang muda-muda dah naik haji, tapi masih enjoy dedah peha yang putih dan gebu dan lurah dada yang amat dalam...kan ke busuk title hajjah tu...

Whitetulip Tales said...

Kesian P.Ramlee. Dapat gelaran Tan Sri lam liang lahad. Bijak tul manusia skang nih. Gelaran Datuk skang nih dah tak ada kelas tertinggi dah. Suka2 bagi wat pa..Daripada bagi kat dorang tuh, lebih baik bagi gelaran 'Datuk' kat budak2 skola yang flying colors masa exam. Alang2 pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sendiri mao tao loh.!!Boring nih!!Tak berbaloi tul!!

Anonymous said...

ye, saya sebagai orang melaka, rasa malu beb, malu. Tapi aku dengar Daim Zainuddin yang sarankan dekat YDP melaka tu.pelik aku..

Anonymous said...

ak rase kan..pegi negare die..SRK 'buang' kt dustbin je datuk tu..huhz..