Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Nabil yang kini berada di landasan yang betul dari bergelar "Mat Despatch" kepada penghibur/usahawan berjaya. Secara jujurnya saya, saya sendiri bukanlah peminat Nabil kerana saya sendiri tidak pernah menyaksikan persembahan lawak beliau tetapi saya bangga jika ada anak Melayu kita yang pandai mengambil peluang dari bakat yang mereka miliki.
Pada pendapat saya, tidak muncul definasi tamak seperti yang diperkatakan dalam artikel Utusan Malaysia ini. Lebih tepat lagi, Nabil adalah seorang opportunist. Ada beza antara tamak dengan opportunist. Tanyalah mana-mana usahawan yang berjaya di dunia ini, rata-rata mereka adalah opportunist iaitu orang yang pandai mencari peluang dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan masing-masing.
(sumber: http://tittivillus.com)
Tiada salahnya jika kita mencuba pelbagai bidang dalam hidup ini kerana setiap manusia dilahirkan dengan bakat tersendiri dan jika kita tidak berani mencuba, sampai bila pun kita tidak akan mengetahui apakah bakat yang kita miliki. Jadi, kepada yang suka mengata (dalam artikel Utusan Malaysia tersebut), jika anda mendapat peluang yang sama seperti Nabil, adakah anda hendak menolaknya? Jangan jadi hipokrit!
Saya tidak sangka betapa mundurnya pemikiran sesetengah orang Melayu walaupun kita sudah melangkah ke abad ke-21 ini. Tiada salahnya memiliki perasaan cemburu tetapi dengan syarat ianya dijadikan sebagai pendorong untuk kita berusaha lebih gigih. Jika kita tidak pandai dalam sesuatu bidang, kita buat penilaian dan analisa di manakah salah silapnya kita serta mencari penyelesaiannya berbanding memikirkan jalan untuk menjatuhkan orang lain. Sampai bila pun kita tidak akan ke mana jika beginilah cara pemikiran orang Melayu.
Saya agak mencemburui bangsa lain seperti kaum Cina yang saling bantu membantu di antara satu sama lain secara majoritinya. Alangkah baiknya sekiranya kita mencontohi sifat mereka walaupun berbeza pendapat.
Contoh yang ketara, lihatlah politik kita. Sesama Melayu bergaduh kerana berbeza ideologi. Yang menyedihkan adalah mereka cuma adalah orang bawahan yang tidak mempunyai jawatan dalam parti politik tersebut tetapi kerana terlalu emotional, sampai parang sanggup dihayun. Yang tertawa adalah orang atasan yang kaya raya dengan projek-projek dan tender-tender kerajaan.
(sumber: http://ibnuabbas.files.wordpress.com)
Selain itu, orang kita terkenal dengan sifat suka "membawa mulut" a.k.a mengata/mengumpat. Ada sahaja yang hendak diperkatakan. Setiap manusia berhak memiliki pendapat masing-masing tetapi janganlah ianya digunakan untuk menjatuhkan orang lain. Lebih baiklah gunakan masa yang terluang itu untuk memajukan diri atau beribadah.
p/s: Saya sedar artikel ini pasti akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak, tetapi demi kebaikan semua, saya sanggup menerima komen pedas anda! But hey, I'm slumbeRAJA! I can't have my own opinion?
10 comments:
Aku sokong...memang macam tu lah sifat 'orang kita'...semakin lama, semakin layu dan terserlah kemelayuannya. Tak salah kalau menegur bangsa sendiri...kerana bangsa itu bukannya agama. Mana ada agama Melayu?? agama Islam tu ada lerr. Kalau kutuk agama sendiri boleh jadi murtad dan berdosa besar...boleh masuk neraka.
Salam Bro,
Hang belasah ja apa yang dipikirkan betul.. macam nabil cakap.. lu pikir la sendiri..
Orait..
bottom line -
PHD = Perasaan Hasad Dengki.
mmg itula antara perangai kaum kita yg dibawa dr zaman tok nenek kite dulu..cuma skrg ni makin ketara..dh masuk ke politik lak..kalo dulu, org masuk politik utk bantu dan bela kaum agama sendiri, skrg masuk politik utk cepat kaya. dhla niat dh x betul, cara naikkn diri utk jwtn lebih tinggi pun guna cara salah, dgn menjatuhkan bangsa sendiri, fitnah menfitnah dll.
kalau dulu org hantar santau sbb kena reject bila masuk minang, skrg org anta santau bila tgk kaum sendiri berjaya. kedai mak sy pun pernah kena dn mmg perniagan kami waktu itu gulung tikar. bila dh tutup kedai, baru perasan 'barang' tu tergantung di 4 penjuru kedai. paku dlm kain kuning.apa nak jd kaum kita ni..
di universiti pun cukuplah, bangsa sendiri x senang bile tgk bangsa sendiri berjaya, ada je cerita buruk yg dijaja.
kita pk la sendiri...
100% is true n agree (eee... beraninya aku ckp camtuh) *ihiks*
tak peduliklah org nak kata apa... i tak kisah...
aku tak marah pun ngan tulisan ko ni. malah aku suka! huhuhuhuuh
tukar link yok
everyone of use are the same no matter what race are we..Just the people who rules like to differentiate us by our race to build thier own strenght in politik. If not them who are rulling,we all now will be walking in front of the world..
heloooo...don't worry...u're telling da truth..apa nk takott dgn kemarahan orang...CM sokongggg :)
abahfateh tersangat menyokong kenyataan atau fakta tersebut.
So sapa2 dah ada kesedaran tue, sendiri mahu ingatlah..
insya-allah, akan berubah.
setiap kita ada rezeki kita masing2 dan diberikan akal utk mengubah nasib...tepuk dada tanya selera, kan slumber@j@?
Post a Comment