Oct 11, 2008

Ayat-Ayat Cinta: Cinta Yang Agung

Seperti yang anda semua maklum, semalam TV3 menyiarkan filem Ayat-Ayat Cinta di kaca TV dan secara jujurnya, inilah kali pertama saya menontonnya. Saya jarang-jarang menonton filem dari seberang (Indonesia), bukan kerana tidak menyukainye tetapi kerana sukar mencari sumber bagi mendownloadnya berbanding filem-filem dari barat.


(sumber: http://upload.wikimedia.org)

Kebetulan kakak saya sudah menontonnya di pawagam, malah turut membaca novel asal bagi filem ini. Jadi, sedikit sebanyak memberikan "hint" dan perbandingan antara novel dan karya asal. Saya mengakui agak ketinggalan zaman kerana baru sahaja menonton filem ini semalam sedangkan ada sesetengah dari anda telahpun menontonnya beberapa bulan yang lalu.

Saya suka cara gubahan cerita ini walaupun sepertimana yang kita semua tahu ianya adaptasi daripada novel. Sebenarnya terdapat beberapa scene yang telah diubahsuai. Contohnya, watak Maria yang sepatutnya meninggal dunia ketika memberikan keterangan di mahkamah sedangkan dalam filem ini watak beliau diteruskan. Walaupun akhirnya beliau tetap meninggal dunia, tetapi ianya memberikan kepuasan kepada penonton kerana Maria sempat merasai kebahagiaan hidup bersama Fahri walaupun dalam waktu yang singkat.

Namun begitu, bukan kisah cinta sahaja yang menjadikan filem ini menarik. Beberapa scene yang menerapkan nilai murni umat Islam ke dalam filem ini menimbulkan insaf di hati saya (rasa dosa bertimbun-timbun): -
  • Scene di mana Fahri tidak membenarkan keluarga isterinya memberi rasuah kepada hakim di mana jika saya berada dalam situasi tersebut mungkin saya sanggup melakukan perkara terkutuk itu.
  • Scene di mana beliau takut untuk berpoligami kerana bimbang tidak berlaku adil walaupun di Malaysia jika diberi peluang sebegitu, suami-suami pastinya melompat kegembiraan ditambah jika wanita yang ingin dikahwini cantik seperti Maria Girgis.
  • Fahri membantu insan yang memerlukannya tidak kira tua muda, muslim atau tidak tanpa mengharapkan balasan.
  • Scene di mana Fahri menolak untuk bersalaman dengan reporter dari US atas sebab bukan muhrim sedangkan saya bersalaman dengan sesiapa sahaja yang menghulurkan tangan.
  • Scene di mana Aisha membenarkan Fahri mengahwini Maria di mana pengorbanan tersebut adalah besar bagi seorang wanita bergelar isteri.
  • Dan yang paling penting berani mengakui kesalahan beliau di hadapan isterinya walaupun bagi sesetengah suami, perkara tersebut "kurang macho".
Dalam konteks cinta dalam filem ini, saya cukup mengkagumi cara pengolahan jalan cerita yang diadaptasi dari novel hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Konsep Islamik yang diterapkan dalam filem ini cukup mengkagumkan kerana pelakon serta skripnya yang menonjolkan sifat sebenar muslimin dan muslimah.


(sumber: http://www.bollycircle.com)

Kali terakhir saya menonton sebuah filem yang boleh dianggap sebagai "Cinta Agung" (pendapat saya) adalah Mohabbatein yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai. Jika anda tidak pernah menontonnya sebelum ini, saya jamin ianya tidak mengecewakan.

Selain lakonan yang hebat dan jalan cerita yang menarik, lagu latar juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah filem. Alunan lagu dendangan Rossa berjudul "Ayat-Ayat Cinta" turut berjaya menghidupkan filem ini.



19 comments:

Tie said...

Kak tie pun pertama kali tgk cerita ayat2 cinta tu..wah..kira ok gak..kak tie tak berapa suka cerita2 melayu yg asyik berbalah..tapi yg ni betul2 memberi kesan, sedih sampai meleleh air mata..hu hu..

Anonymous said...

i pun menangis tengok cerita ni. lagu rossa ni my fav.

- girlromantis

Khaizarien said...

cite neh memg best..atie dah tgok byk kali...best sgt2...

Ainsya said...

Ainsya baru tgk smlm betoi2..tp novelnye dah baca berulang kali. Memang, ade bbrp part berbeza skit dengan novel..tp mmg filem yg memberi kesan lagi2 bila part tu di latarkan dgn lagu rossa tu..aduh, bisa meruntun hati.. :)

Lasker said...

hi hi ..
There was a time when ShoutOut played a part in your online blogging life .. and we want you to know that we have shifted to ShoutOutLounge.com.

Please do add ShoutOut back to your blog and join us like you used to last time.

We missed you :)

Cheers!

Tea Cha Hai said...

Salam.

Kisah Cinta Agung yg berlandaskan iman. Bukan semua ada dalam diri manusia namun tidak mustahil untk memilikinya...
Tapi mampukah aku?
kuat kah aku ?

Banyk benda yg aku suka dalam filem ini dan buat aku renung kembali diri ku ini.. antara :-

- Rezeki selepas kahwin itu pasti ada. (Org takut nak kawin kerana masalah ekonomi..nak lengkap serba serbi dulu baru kawin..bg pompuan mcm aku plak nak ada harta sendiri sbg back up konon kalau terjadi apa-apa)

- Adakalanya poligami itu bukan dipinta sengan sengaja atau relahati..takdir sudah memberikan kpd si suami.. suami mengaku dia tdk menang tangan utk menanggung namun, tidak semena - mena dia akan melepaskan tanggungjawabnya kpd isteri kedua itu. Dia hanya perlukan kekuatan..kekuatan dari drpd isteri pertama.

- Siapa tidak mahu memilih suami yg soleh. Aku juga pencari suami yg sangat menghormati wanita. tahu akan kedudukannya. Namun Aku tidak sanggup menggunakan fitnah untuk mendapatkan apa yg Aku mahu, mahu membina hubungan yg halal dgnnya.

- Wanita rela dipoligami dengan alasannya.. tapi ingat! Cemburu itu tetap ada....

- & byk lagilah... hehhehe.. Yang penting apa yg terjadi ada hikmahnya...jgn cepat melenting...

Nadia said...

erm..saya dah tgk dulu citer ni tp disebabkan sound tak bape clear so tak faham sgt percakapannya tp boleh agak..sedih la citer ni!!

p/s: suka sgt scene maria beritahu fahri atas bas yang dia hafal surah al-Quran(lupa sudah surah apa). Siap baca lagi surah tu depan fahri. Kagum2!

Ainsya said...

to nadia-ady..
Dia bc surah maryam :)
Comei kan..dengan pelat2 sikit..hehe.

Anonymous said...

saya novel dan cerita tak pernah baca/tengok. bagus tul...

tapi apapun, memang bagus dapat belajar sesuatu yang baik.

abahfateh

IxoR@ said...

klu di beri peluang....sy nak tgk lagi citer ayat2 cinta tu....emmmm...very the touching la!

Anonymous said...

aku nonton... citer dia not bad tp kurang puas hati part berbalas salam dgn yg bukan islam...

Zumie said...

saya juge pestime tgk muvie nie..tapi sy dah bace novel nye..novelnye lagik best..

saya suke cerite nie..cerita cinta yg sangat2 touching hehe..n saya suke watak aishah..beliau sangat cantik....kali pertama tgk pempuan secantik dia..huhu

mohabattin pon layan gak hihi..lagu2 sume best..:P

:: Wiween :: said...

ada 3 lg film yg bg sy buleh dikatakan menggambarkan cinta agung iaitu GHOST (lakonan demi moore & patrick swayze), A walk To remember (lakonan demi moore) dan Windstruck (film korea). :)

:: Wiween :: said...

err mandy moore bukan demi moore dlm a walk to remember :P

♥corcraze♥ said...

i do agree with you..
saya ada tgk cite ni dr dvd walaupun saya berada di perantauan.
mmg kisah cinta yg agung!
bagus sgt2!
tp bila sampai part logic nya tu..saya agak kecewa sikit..
bila kali kediua sy tgk dgn abg dan kwn nya (dua2 Dr.) mereka mengutuk pasal isu medical dlm toward the end of the story..
scene:Dr. yg merawat maria kata die lemah jantung etc,so thats make my bro n his fren questions,apa kaitan lemah jantung and idung berdarah..
some sort of that..
but overall i love the movie thats made me drool whenever see Fedi Nuril!

Zana S said...

sgt suka cerita ini. hubby lalu kulu kilir depan mata pun boleh statik depan tv. :D

@kelantanstreet said...

Aku kurang sgt tonton cita2 chenta tp bg aku...AAC ni sangat2 berkualiti dan wajib tonton...

First2 aku download n tengok sorang2 je...pastu ajak member2 satu rumah tengok tuu...smua layan...hahaha

Mohabbathein pn ak setuju mmg best...salah satu citer hindustan all time faveret aku...

N lagi satu aku suka cite Koizora, cite jepun box office taun pas...crita chenta bdk skolah...klau ko blom tengok ak suggest cuba tengok dlu n buat review :D

Whitetulip Tales said...

err...aku tengok sekerat jalan malam tuh. Ngantuk nak gilerrr...tv tengok aku. Anyway, aku tertarik tengok filem nih pasal nampak klasik sangat. Banyak mesej yang nak disampaikan, sumer ada manfaatnya. Nak carik DVD, nak tengok sendiri ah...huhu..

filem Hindustan???Tak layan la frens, pasal aku tak suka skrip dorang tu hiperbola tul. Pernah dengar tak skrip nih??"Tuhan memang tak adil. Tuhan sengaja hendak mencabarku." Aku tak tau filem apa ntah tapi, nampak sangat kekurafatannya. Wallahua'lam.

Anonymous said...

i really dont know what idiots think this movie is good.
them idiots disgust me. i released a hate-post regarding this
up my private log..pretty heated there. i dont think i'd say
antyhing here, tho. but id like to share other sensible posts
about this title i'd found around the internet. go see if you would.


http://ginny-uninterrupted.blogspot.com/2008/05/book-ill-never-read.html

http://maliablog.wordpress.com/2007/12/01/review-novel-%e2%80%9cayat-ayat-cinta%e2%80%9d-another-cinderella-story/

http://mediacare.blogspot.com/2008/03/ayat-ayat-cinta-hati-hati-menontonnya.html


urgh. i know im rude, but im really cant understand ppl liking things like this.
it's like, you need a really damaged brain and mind to understand something so
rubbish-like..that's what i think..

bad comment. sorry!