(sumber: http://upload.wikimedia.org)
Setiap minggu pada hari Jumaat, umat Islam yang majoritinya lelaki memenuhi perkarangan masjid di seluruh negara bagi menunaikan ibadat dan juga mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Malah ada yang bermurah hati, memberikan sedekah kepada masjid-masjid ataupun insan-insan yang kurang bernasib baik yang berada di pintu hadapan masjid.
Segalanya nampak sempurna betul tak?
Sebenarnya, terdapat dua perkara yang ingin saya sentuh di sini: -
Pertama, sikap sesetengah golongan yang gemar tidur ketika khutbah dibacakan. Saya faham bahawa ada antara anda yang penat kerana bekerja pada waktu pagi atau mungkin baru sahaja selesai makan tengah hari tetapi ia menjadi amalan yang kurang elok kerana tujuan diadakan khutbah Jumaat adalah bagi menyampaikan nasihat kepada seluruh umat Islam. Jika anda jarang bertandang ke masjid seperti saya, inilah masa di mana anda menyerap segala mesej yang cuba diserapkan ke dalam jiwa anda.
(sumber: http://qitori.files.wordpress.com)
Penyelesaian bagi masalah ini adalah, elakkan daripada makan terlalu banyak sebelum datang ke masjid ataupun elakkan diri anda dari duduk kerana apabila anda duduk, kemungkinan besar anda akan terlelap (tidur) tanpa disedari.
Kedua, kadangkala apabila jumlah umat Islam yang datang ke masjid terlalu ramai, anda mungkin terpaksa sembahyang di kawasan perkarangan masjid seperti di tempat parking, rumput, dan sebagainya. Tiada cacat-celanya ibadah anda kerana ianya tetap diterima di mana jua anda menunaikannya tetapi alangkah baiknya jika kita semua membawa tikar sembahyang (sejadah) masing-masing ke masjid (just in case) sekiranya terlalu ramai orang.
(sumber: http://farm1.static.flickr.com)
Sudah bertahun-tahun lamanya kita ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat tetapi trendnya tetap sama. Apalah salahnya jika kita ringankan tulang sedikit membawa sejadah ke masjid yang beratnya tidak sampai 1 kg pun. Anggapnya sebagai suatu exercise di samping juga suatu ibadah kerana jika anda berkongsi sejadah tersebut, saya pasti ada ganjaran pahala kepada anda.
5 comments:
isk, tak penah p semayang jumaat tapi, tak sangka plak cam tuh ah..apa nak jadi lah ngan umat Islam kita skang nih. Padahal, dengar khutbah tuh, bukan satu kewajiban kerrr???
hurm.,,
assalamuaiakum..
salam ziarah..
maybe..kutbah yg dibacakan tidak menarik perhatian..
maybe kutbah yg dibacakan berkenaan dgn politik...
dan ada jugak betolnya..
maybe penat..
hurm..
entah..taleh nak ckp lebeh2..hoho..tapenah gi solat jumaat~
askm~
siap sedawa bau kari pun ada! cilaka je!
Kebanyakkan orang tido sebab, teks kutbah telah di sediakan oleh pihak Majlis Agama yang kandungannya kurang relevan kepada isu semasa.
Topik yang sama sentiasa di ulang, isu masalah sosial, isu rasuah, isu remaja, isu solat and etc. Saya percaya para jemaah dah terlalu muak dgn isu yang sama di utarakan. Kalau dah boring, buat apa lagi, tido.
Kandungan teks pula terlalu formal dan tidak memberi ruang kepada khatib itu bersemangat berkhutbah. Kuthah itu preaching. How can one preach from a text? It must be from the heart. Oleh kerana itu bacaan text oleh khatib agak monotonous dan tidak bersemangat. Para jemaah selalu hanya mendengar khutbah macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Certainly makan sebelum solat akan membuat para jemaah mengantuk. Seelok makan selepas solat, tetapi mengikut kepada masa yang diberi oleh majikan.
tgk yg tido tu asik angguk2 jer... ingatkan faham nasihat yg diberi, rupanya....
Post a Comment