Sep 1, 2008

Pesta Membeli Belah Raya Bermula!

Walaupun Hari Raya Aidilfitri masih ada sebulan sebelum tiba ke kemuncaknya dan umat Islam di seluruh dunia masih belum memasuki bulan Ramadhan, kemeriahan hari raya sudah dapat dirasai. Apa tidaknya, pusat membeli belah di ibu kota kini dipenuhi pengunjung yang sibuk dengan persiapan masing-masing. Jika Sg. Wang ibarat syurga beli-belah bagi kaum Cina, Sogo pula pilihan bagi kaumMelayu untuk mempersiapkan diri menjelang hari perayaan.

Saya kebetulan keluar bersama keluarga ke Sogo petang Ahad mengalami kesukaran mendapatkan parking selain daripada jalan raya yang sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu keluar membeli-belah. Ketika ini Sogo sedang dalam mengadakan Malaysia Mega Sales Carnival yang bermula pada 5 Julai yang lepas sehingga 1 September 2008 (hari ni last. sape lambat dia rugi hehe)

Sebenarnya Hari Raya Grand Sale di Sogo hanya akan bermula pada 7 September nanti. Oleh itu, pembaca tidak perlu risau jika masih belum membuat persiapan. Orang ramai yang keluar membeli belah awal adalah kerana mereka mahu mengelakkan kesesakan yang lebih teruk ketika di bulan Ramadhan nanti di samping puasa pastinya memenatkan kita semua ditambah dengan kerenah anak-anak.

Berikut adalah jadual Hari Raya Grand Sale di Sogo: -

Date

Day

Time

Grand Sale

Sun – Thu

10.00am – 10.00pm

13 Sep – 12 Oct '08

Fri – Sat

10.00am – 11.00pm

19 Sep – 29 Sep ‘08

Fri – Thu

10.00am – 11.00pm

30 Sep ‘08

Hari Raya Eve

10.00am – 10.00pm

1st Day Raya (1 Oct ‘08)

Wednesday

Closed

2nd Day Raya (2 Oct ‘08)

Thursday

12noon – 9.30pm


Saya mencadangkan anda pergi membeli belah ketika hari bekerja jika anda boleh mendapatkan cuti kerana pada hari minggu pastinya ibu kota akan sesak dengan orang ramai.

p/s: jika membeli belah jangan sampai lupa anak-anak. sekarang ni macam-macam pun boleh berlaku.


13 comments:

Kamezaim said...

skang ni dah tak seperti dulu lagi..skang ni kena berjimat..semua benda naik tapi gaji tak pernah naik pun..hehehe klu bawa pompuan,lagilah sakan dia shoping..hehe klu tak beli,nanti dia tarik muka sampai ke belakang..apapun,selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri...........duit raya kena bagi ok..!!

Fazrulls said...

Salam Bro,

Betul kat Penang ni dah bercambah shoping complex.. tak tau nak pilih shoping kat mana? tapi seperti biasalah harganya tak macam dulu...

Ok..selamat menjalani ibadah puasa..

Salam...

Anonymous said...

uhh.... bru pose 1 ari...

Meooo Comicore Club said...

em, masalah duwet.... risaunye raya kali nih

Faisal Admar said...

kebanyakan sale ni nak kena kaji semula. kalau rajin, boleh kaji harga sebelum sale. kebanyakannya tanpa kita sedari (ye lah sape lah yang rajin sangat nak check price setiap kali sebelum dan selepas diskaun kan?) price tu sebenarnya sama dgn dulu cuma... dia letak je price mahal dari biasa dan kononnya diskaun. normal lah... taktik peniaga... :)

ada juga yang betul² diskaun... jadi kita kenalah bijak dalam membeli ni. lagi satu, beli saja yang mana perlu... sebab membazir kan amalan syaitan :) buat je list dan semak balik sama ada ia perlu atau pun tidak. elakkan pergi membeli belah sesedap mata memandang je... sebab kena berdisiplin dan ikut saja list yang dibuat tuh. baru lah bijak berbelanja namanya! :)

selamat menyambut ramadhan al mubarak :)

ShahrulAzrin said...

pergh! baru je sehari pose..dah ramai yang membeli belah ntok rayer..ganaz2 hehehehehe..

Anonymous said...

Hi SlumberRaja.

We have link to your blog. Hope you'll do the same

Demo jerr said...

[Kamezaim]jangan la marah bro, mcm lepas geram je.. hehe.. puasa nie kene byk bersabar

[Fazrul Shahril]kalau kt penang pun dh byk apetah lg yg kt kl.. berbelanja besar la jwbnya sekarang..

[adamin]ade 29 hari lg.. sabar2

[meo188]pecah tabung la jawabnya

[Faisal Admar]setuju, semua nie marketing strategy je. tp mmg ade yg murah. harap2 bernasib baik lah jumpe

[Chengazrin]jgn main2, boleh bergaduh kat shopping mall berebut2 baju

[Xpressnick]linked back at u

Anonymous said...

mmg dah ramai manusia kat sogo tadi. hehe :)

Anonymous said...

x terpikir nk bersoping pun;)..hehehehe

Dba Ghani said...

aku nk g ari jumaat ni..untuk mmber maybank card...sapa nak join?!!70% off owh!

Demo jerr said...

[knizam]nanti dkt raye lg ramai... mcm sardin

[serena]sebab serena sambut christmas.. hehe

[dbaghani]jom² ade org nk belanje tu... hehe

Unknown said...

i luv shoppin'