Sep 24, 2008

Merlin: Lagenda Sihir

Dalam keghairahan musim drama-drama TV yang kembali dengan musim baru, saya sempat menonton satu lagi drama TV baru bertajuk, Merlin. Yup, jika magic yang anda sedang fikirkan ketika ini, anda sememangnya betul. Merlin mengisahkan tentang perjalanan hidup lagenda ahli sihir yang hidup pada zaman King Arthur. 

Drama TV yang diterbitkan oleh BBC Wales UK menonjolkan Merlin pada usia remajanya yang masih belum mempunyai hala tuju hidup mahupun menguasai kuasa sihir walaupun beliau dilahirkan dengan kuasa ajaib. Pada zaman tersebut, pemerintah kerajaan tersebut, Uther Pendragon mengharamkan apa-apa aktiviti yang melibatkan sihir dan menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Kepada sesiapa yang berminat menonton drama ini, diingatkan bahawa tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya kerana ianya mempunyai konsep yang serupa dengan Herculas atau Xena the Warrior Princess di mana plotnya tidak sehebat drama Heroes. Cukup sekadar untuk tontonan masa lapang.





3 comments:

Adry said...

huhu.. cam tab best jer... hehehe

Merlin ni betul wujud ke hah?? slalu sangat tengok drama.. filem.. macam macam la pasal merlin ni...


Adry @ http://www.adrysabry.com

cendawanintim said...

merlin???

kekadang tu membosankan citer nih...tapi betul tu, tuk mengisi masa lapang buleh ler..

Fazrulls said...

Salam bro,

Merlin ni best.. ada magik.. hee tok guru harry potter kot... hee.. tapi kalau merlin monroe tu.. memang cun.. heee..