Sep 12, 2008

Jalan-Jalan Cari Digital Camera. Panduan Membeli!

Di kala menulis post ini, jam menunjukkan pukul 5:51 pagi dan azan sedang berkumandang. Tup tap, tup tap, hujan renyai-renyai dan angin sepoi-sepoi meniup (hehe, bunyi macam cerita seram pula).

(sumber: www.malaxi.com)

Semalam tiada entry pada sebelah petang kerana saya meluangkan masa ke Plaza Low Yat. Bagi yang duduk di ibu kota, pastinya anda semua tahu yang Plaza Low Yat terkenal dengan barang-barang komputer, handphone, notebook, dan yang paling menarik minat saya sekarang adalah digital camera.

Biasanya jika saya berminat untuk membeli sebarang perkakasan dari Low Yat, saya akan ke sana seorang diri kerana tidak ramai yang sanggup untuk meluangkan masa seperti saya membuat survey sebelum membeli sesuatu. Semalam saya menghabiskan lebih dari 2 jam untuk memahami hampir keseluruhan mengenai digital camera.


(sumber: upload.wikimedia.org)

Bagi saya, apabila membeli sesuatu yang bakal meringankan wallet (maksudnya harga mahal), saya lebih rela menjalankan kajian menyeluruh sebelum membeli sesuatu kerana prinsip saya;
kalau dah alang-alang beli benda yang mahal, biar beli yang berkualiti dan boleh tahan lama
Saya memulakan ekplorasi dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Saya meluangkan hampir 15 minit bagi setiap kedai dan mencuba pelbagai jenis digital camere; Nikon, Kodak, Olympus, Samsung dan banyak lagi. Pelbagai jenis soalan diajukan kepada tokey kedai tersebut.


(sumber: www.backpackingmalaysia.com)

Kebiasaannya pakej yang diberikan kepada anda adalah Memory 2GB, Casing, Tripod, Screen protactor, TV connector, Charger dan USB. Oleh kerana saya meletakkan bajet saya dalam RM500 - RM600 sahaja untuk survey ini, maka dalam price range tersebut digital camera yang terbaik bagi saya adalah (jeng jeng jeng): -

KODAK M763

Sebelum anda membuat sebarang komen, dengan dahulu penjelasan saya. Walaupun memiliki hanya 7.2 Mega Pixel, kebanyakkan tokey kedai menyatakan bahawa tidak semestinya gambar yang anda ambil menggunakan 8.2 Mega Pixel akan lebih cantik kerana Mega Pixel hanya berguna jika anda ingin mencuci gambar tersebut dengan saiz yang besar. Jika hanya untuk disimpan di dalam komputer, maka 7.2 Mega Pixel sudah mencukupi.

Selain itu, seperti yang saya katakan, saya telah membuat perbandingan dengan kamera yang lain, di mana hanya Kodak yang memberikan kualiti Original Color iaitu warna gambar yang diambil adalah warna asal seperti yang kita lihat dengan mata kasar. Nikon, dan Olympus (versi 8.2 Mega Pixel) menukarkan warna kepada kemerahan disebabkan oleh lensanya (tidak pasti mengapa).

Satu lagi kelebihan model Kodak ini adalah, selepas anda mengambil gambar, anda boleh menggunakan Zoom dan hasilnya begitu menakjubkan di mana Nikon dan Olympus memberikan hasil yang kabur (blur) jika dilihat pada jarak dekat. Jadi jika anda membeli digital camera, Mega Pixel bukanlah segalanya.

Kelebihan membuat survey tidak terhad kepada melihat apakah features bagi produk tersebut. Saya juga baru mempelajari sesuatu iaitu terdapat AP bagi digital camera seperti juga handphone. AP bermaksud produk tersebut bukan original dan kemungkinan jika berlaku kerosakan, digital camera tersebut tidak akan dapat diperbaiki atau mereka akan memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak memberikan anda servis warranty yang kononnya selama 1 tahun.

Ini bukan tuduhan melulu tetapi jika anda ingin tahu perbezaannya adalah dari segi harga. Sebelum saya menemui M763, saya membuat surver harga untuk versi lain bagi Kodak iaitu M863

KODAK M863

Rata-rata kedai Low Yat di ground floor, jika tidak silap saya harga bagi model ini adalah antara RM700 - RM800 tetapi ada beberapa kedai yang menjualnya pada harga RM499 sahaja. Beza hampir RM300 cukup mengejutkan saya kerana saya beranggapan bahawa ada yang ingin menjual dengan harga yang melampau tetapi apabila diterangkan oleh beberapa pengedar sah Kodak, saya nampak logiknya. Kebanyakkan mereka yang menjual AP tidak akan memberikan Casing original Kodak kepada anda kerana ianya tiada dalam stok mereka. Jadi, anda perlu berhati-hati jika membeli supaya tidak ditipu.

Jadi, kesudahannya yang mana satukah yang saya beli?
.
.
.
.
.
.
.
.

dua-dua pun bukan kerana saya telah jatuh cinta dengan: -

KODAK M1033


11 comments:

ebob said...

LOW YAT!!!!! destinasi kegemarankuuuuuuuu....

kat situ,mcm2 ada...he3 :)

Tie said...

Hu hu..tie memang nak beli camera baru..yang ada ni dah kokak..cannon Ixus v2 2 mgpx je..hi hi..kelakar kan masih guna yg tu..

Tapi hubby diam je..bila sebut nak beli baru..tie ada duit tapi tak best kalau hubby tak sokong...kena tunggu mood dia baik..

Betul ke kodak M763 tu bagus? Mmg nak cari yg boleh zoom dgn jelas.. budget hanya RM500-RM600 je..agak2 berapa harganya kat ganu/klate ni ye?

Cybernetics Mind said...

Yesss...CM setuju 100% ngan hal megapixel tuh....tak yah besar2 pown. CM ingat lg satu statement dari sorang tokei kedai kamera - "you mau cari 10 megapixel punya kamera mau bikin billboard kaaa...???" Xceli megapixel tu main peranan bila kita nk enlarge gambar yg dah kita ambik.

CM sndiri masih guna Nikon Coolpix 3200 (3.2 megapixel jer...) yg dibeli taun 2005 dulu dgn reger yg hampir mncecah RM1,000. Kalau ikut mklumat yg CM dpt, kl setakat 3.2 megapixel ni, nk enlarge gambar saiz A4 pun masih cantik lagi...gambar tk "pecah"

Kalau rasa nk tengok2 kualiti gambar dari kamera CM tu, rajin2 ler jenguk blog CM yerr...kebanyakan gambar yg diambik menggunakan kamera tu. Sesetengah gambar dlm blog CM tu plak diambil menggunakan kamera henpon Sony Ericson K530i yg cuma guna kamera 2.0 megapixel jer.

sukiminna said...

kodak M1033 tu design dia chantek ar banding ngan yg lagi dua tu..hehe..sbb tu ke anda tertarik atau ada sebab lain??

Shamsul Aizat said...

website ni byk membantu kalo nak beli camera:
http://dpreview.com

Anonymous said...

hurm...so bape harga yang awk beli..
just nak tau gak.coz dah lama sgt plan nak beli.tp tak tau nak pilih yg mane...huhu

suara said...

Low Yat, hubby mmg akan ke sana kalau nak beli rempah ratus utk laptop dia.

ebob said...

saya pon nak camera gak..tlg belikan lah..nnti masok buku tiga 5...laen thn saya byr...

dudududuuuuuuuuu

Anonymous said...

LOW YAT, got pretty chicks there or not? lol

Anonymous said...

kamera digital...best gak kalau dapat yg murah2 tapi yg berkualiti.

Anonymous said...

saya masih pakai sony dscw1 yang dibeli pada 2004. hehe