Sep 23, 2008

Heroes Season 3: Villains

Drama TV yang ditunggu-tunggu oleh berjuta peminat di seluruh dunia kini sudah kembali ke kaca TV. Heroes merupakan salah satu daripada drama TV paling popular di U.S dengan memecah monopoli drama superheroes lain seperti Superman, Batman, Spiderman dan sebagainya apabila menerima tontonan purata sebanyak 14.3 juta penonton dari U.S sahaja untuk setiap episodnya pada musim 1. Ini merupakan rating tertinggi bagi stesyen TV NBC dalam tempoh 5 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai masa lapang dan gemar menonton wayang, Heroes adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Pada pendapat saya, Heroes mendapat tempat di hati penonton kerana special effects yang digunakan dalam drama ini adalah sangat berkualiti tinggi. Jalan ceritanya juga sangat menarik kerana tidak seperti drama superheroes yang lain di mana hampir setiap minggu jalan ceritanya hampir sama, cuma watak jahatnya sahaja berbeza.

Keunikkan kuasa yang dimiliki oleh watak-wataknya juga menarik minat ramai kerana kuasa mereka berbeza-beza dan penambahan watak baru dalam setiap musim turut mencuri perhatian ramai. Jika pada musim pertama, tumpuan banyak diberikan kepada Syler, musim lebih menarik dengan munculnya beberapa watak jahat baru.

Musim ketiga pastinya kembali lagi dengan pelbagai aksi baru yang lebih mendebarkan. Saksikan preview musim ketiga: -



1 comment:

♥corcraze♥ said...

ohh..3rd season dah tgk dah kat OVGuide..
tgk yg available la..