Sep 18, 2008

Amalan Membaca Di Malaysia: Fakta Yang Menyedihkan!

Kepada pembaca yang setia, saya ingin meminta maaf kerana $lumbeR@J@ berehat cuti selama beberapa hari akibat kesibukan penulis dengan bebanan kerja yang melampau. Juga, saya akan cuba untuk membalas segala request, award, tag dan sebagainya bagi memenuhi permintaan ramai.

(sumber: www.happynews.com)

Dalam post kali ini saya ingin menarik perhatian ramai mengenai amalan atau tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati lebih daripada separuh jumlah 60,441 (survey secara rambang) rakyat Malaysia membaca kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini bermakna rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun (tidak termasuk buku teks bagi pelajar atau buku yang berkaitan dengan kerja untuk dewasa).

Lebih mengejutkan, hampir semua yang mengaku diri mereka mempunyai hobi membaca, hanya meluangkan masa kurang daripada 3 jam seminggu membaca samada buku ataupun majalah.


(sumber: ozandends.blogspot.com)

Survey juga menunjukkan 55% yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai tabiat berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas. Ini bermakna semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.

Rata-rata menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau radio berbanding membaca.

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana ketika ini terdapat pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di TV sehingga menyebabkan anak-anak muda dididik (secara tidak langsung) dari kecil supaya tidak dijadikan sebagai suatu amalan atau rutin.

Saya yang kadangkala menaiki kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya hairan mengapakah penumpang lain tidak menggunakan masa yang terluang ketika menaiki kenderaan awam untuk membaca ataupun ketika menunggu di perhentian bas atau stesyen LRT, komuter, monorel dan sebagainya. Bukankah ianya lebih bermakna berbanding duduk diam tanpa melakukan apa-apa ataupun bermain games di handphone mereka.

Saya yang sering berkunjung ke salah sebuah kedai buku terpakai terkemuka mendapati hanya beberapa orang pengunjung (foreigners) sahaja di dalamnya setiap kali ke sana sedangkan buku yang dijual adalah sangat murah dan masih berkeadaan baik. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana buku yang dijual di kedai buku di negara ini sebenarnya agak murah berbanding di luar negara tetapi malangnya kita gagal untuk memanfaatkannya.


(sumber: associatedcontent.com)

Namun begitu, nasib baiklah ada internet yang mampu menyalurkan sumber informasi kepada kita semua. Walaupun tidak semua yang memanfaatkan penggunaan internet bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, saya percaya kita semua terkena tempiasnya samada kita sedar ataupun tidak.


13 comments:

Ai-Ling said...

yup, indeed it is a very sad fact that most malaysian do not read :(

love is forever said...

mmm baca blog orang jek..tetapi syoik pegang buku lagi.

ebob said...

buku kat depan mata tp sbnrnyer mata tutop sbb dh tido...gitulah bebudak sekola zaman skrgg...

Anonymous said...

orang kita tak nampak faedah dari pembacaan. yang penting bagi mereka duit duit duit. pernah ada seorang makhlu tu berkata pada aku, membaca buku waktu lapang dapat duit ke?

ciss... pendeknya akal dia. nampaknya beliau masih belum mengerti kata-kata ini "knowldege is power"

ebob said...

makaihhh...sunngguh tragis kisah yg ko citer kan nih..ader lak org jwb gitu ek??

aku ni leh kata malas gak membaca tp bila mood meluap2 nak membaca mmg aku baaacaaaa jerrr xbenti2..ribut taufan melanda pon aku tetap jua membaca..

sapa yg jwb mcm td tu kompem laaa dier xsekola punyer org...

Anonymous said...

I would have to disagree with that library report as i have just heard another report that says 30% of Malaysian like to read something when they are doing their stuff in the toilet..whether its newspaper or magazines. Most of the people i met do read..sometimes a report does not necessary reflect some real facts.

Fazrulls said...

Betul tu bro.. pernah sekali aku ke KL semata2 untuk mencari buku untuk rujukan assingment... pi kat kedai buku.. tu tengok macam-macam ada, rugi rakyat malaysia kurang prihatin tentang pentingnya membaca buku ni.. tapi kalau majalah hiburan.. memang orang melayulah no.1 heee..

Salam mera..

shnurafizah said...

i like readinggg so muchhh.. thanks to my parents yg dah tanamkn sikap suka mbaca!!

Rosie Rose said...

Yea, it is weird to see why Malaysian don't read much. Even dalam AcademiaIndustry pun, ada lecturers/tutors yg malas membaca. Berbeza sgt bila duk tempat org ni. Everywhere pergi, orang mesti ada bawak buku. Doesnt matter what genre of the book.. Dalam tram, tunggu masuk wayang, kat saloon, etc. Simple everywhere, anytime.. They read!

But this is something about culture. I mean, membaca tidak pernah 'dibudayakan' dengan serius di Malaysia sedangkan di overseas (for example, kat Aussie ni), kecik2 budak2 dah diajar utk ska membaca. Gi pasar minggu, bukan cari snacks, tapi cari buku2 second hand utk dibaca. Kagum.

-ladyeena, melbourne-

Tie said...

Baca blog tu kira membaca juga kan..hemmm..sekurang2nya 2jam sehari..kira ok laa tu..
Sapa kata buku murah..Yang berkualiti tu mahal la..kita surirumah ni mana cukup elaun,untuk belanja dapor dan anak2lagi..Buku2 yang menarik dan berilmu tu mahal tau..

LynMay said...

Yea, I definitely agree with this and have in fact blogged about this before. Reading is a very good habit in order to acquire knowledge but sadly many people treat books like its 'evil' :p

From my opinion, it is important for parents to encourage/drum-in the reading habits into their children from young..

http://ewelmay.blogspot.com/2008/09/how-can-people-not-like-reading.html

@kelantanstreet said...

Aku suka membaca...dari kecik aku suka membaca smpai la skarang...

tapi buku yg aku suka baca bukannya buku2 akademik...

tp buku komik :D

Sapa kata orang suka baca komik x pndai? aku x setuju...depends pada orang tu sndiri la..

Anonymous said...

boleh saya tahu di mana kedai yang menjual buku secondhand tu? thanks :)