
Pada babak pertama, United lebih banyak memiliki ball posession iaitu lebih daripada 60% tetapi tiada serangan berbahaya di depan pintu gol Zenit. Zenit yang tidak menurunkan pemain terbaiknya Arshavin sekali-sekala menyerang tampak lebih bertenaga dan berbahaya di mana Van der Sar terpaksa menyelamatkan beberapa percubaan. Usaha Zenit akhirnya berjaya pada penghujung babak pertama apabila Pavel Pogrebniak berjaya menanduk bola ke gawang United hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-44.

Manchester United kemudiannya membuat 2 pertukaran dengan membawa masuk Park Ji Sung dan John O'Shea menggantikan Anderson dan Fletcher. United akhirnya berjaya merapatkan jurang dengan jaringan daripada jarak dekat melalui Nemanja Vidic pada minit ke-73. Namun begitu, usaha United terbantut apabila Scholes dilayangkan kad merah apabila menggunakan tangan untuk menjaringkan gol di dalam kotak penalti. Kekalahan ini merupakan yang kedua buat Alex Ferguson yang turut tewas kepada Lazio pada tahun 2000.
United dijangka akan membeli seorang penyerang selepas Louis Saha dijual kepada Everton semalam. Namun begitu, tidak dapat dipastikan siapakah pemain tersebut dengan Spurs tidak mahu menurunkan harga Dimitar Berbatov yang ingin bermain untuk United. Sekiranya gagal untuk mendapatkan mana-mana penyerang, United berkemungkinan besar tidak akan dapat mengekalkan kejuaraan EPL dan juga Champion League.
1 comment:
hahahaha ayamz. ngan zenit pun kalah
Post a Comment