Aug 22, 2008

Usain Bolt - Manusia Terpantas Di Dunia!

Usain Bolt adalah nama baru dalam acara lari pecut tetapi lariannya yang cukup pantas amat mengejutkan banyak pihak dengan mencatat 2 rekod dunia acara 100 meter dan 200 meter lelaki. Rekod 100 meter sememangnya milik beliau apabila berjaya memecah rekod sebelum ini beberapa bulan yang lalu. Bolt menjadi manusia pertama yang berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter dan 200 meter dalam 1 Olympic dan juga peserta pertama dari Jamaica yang memenangi emas.



Kebanyakan penganalisa sukan berpendapat bahawa Bolt mampu berlari lebih pantas dari catatan 9:69 saat yang dilakukannya di Sukan Olympic Beijing 2008. Saya yang melihat sendiri acara tersebut merasakan bahawa Bolt mampu untuk mencecah masa 9:50 saat andai kata beliau tidak memperlahankan lariannya pada 20 meter yang terakhir. Namun begitu, saya percaya rekod dunia ini tidak akan berkekalan lama kerana beliau pastinya akan cuba sedaya upaya untuk memecahkan rekod tersebut.



Satu lagi rekod yang dipecahkan oleh Bolt merupakan milik Michael Johnson yang berusia 12 tahun. Saya sememangnya menduga dari awal yang Bolt mampu memecahkan rekod tersebut kerana beliau sebenarnya adalah pakar acara 200 meter.

Jamaica menguasai acara pecut tahun ini dengan keempat² emas 100 meter dan 200 meter lelaki dan wanita disapu bersih oleh mereka.

p/s: Agak-agak ada tak manusia yang boleh berlari 100 meter bawah 9 saat?

2 comments:

Anonymous said...

aku pon tengok juga. dasyat!

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Ada manusia yang mampu bawah 9 saat 100 meter!

nak tau???

haa.. rujuk Dragonball... episod 1- Cikgu Kura-kura Muten... 6.5 saat tu utk 100 meter!

hehehehehehe