Gejala berjudi dan ingin cepat kaya semakin menjadi-jadi di negara kita yang tercinta ini. Terbaru, di laman utama utusan Harian Metro, seorang "usahawan muda" kerugian RM300,000.00 akibat gejala tidak sihat ini.
Pada awalnya beliau hanya memiliki hutang sebanya RM50,000.00 sahaja akibat kerugian dalam perniagaan peruncitan namun disebabkan tidak sabar dan ingin mencari jalan mudah, beliau dihimpit dengan masalah yang lebih besar.
Bukan itu sahaja, beliau turut meminjam wang sebanyak RM50,000.00 melalui along akibat ketagihan berjudi. Hutang satu hal, along satu hal lagi.
Cuba anda teka berapa lama yang diperlukan oleh "usahawan muda" kita ini untuk menghabiskan RM300,000.00 di meja judi?
2 Bulan! Maksudnya, purata harian beliau rugi setiap hari adalah RM5000.
Kalau macam ni, tokeh balak pun sure bankrupt.
Jadi, adik-adik, walau apapun yang anda lakukan, kalau ada member-member yang ajak main mesin slot atau daun terup, katakan TAKNAK!
No comments:
Post a Comment