Aug 23, 2008

Harga Petrol Turun 15 sen, Diesel 8 sen!


Lihat pada tajuk utama Utusan Malaysia Online hari ini. Kalau dilihat dari sudut berbeza memang tiada apa yang salahnya mengenai tajuk utama ini tetapi kalau dilihat dari satu sudut yang lain, persoalan yang timbul adalah: -

"Siapakah yang menaikkan harga petrol dan diesel beberapa bulan yang lepas dan membebankan rakyat?"

Malah pendapat ini turut dikongsi bersama oleh Muhaizenizam Abd. Karim, 29, yang menyifatkan penurunan harga minyak tersebut terlalu sedikit berbanding kenaikan pada Jun lalu.

"Bagi saya, turun sebanyak 15 sen tidak beri banyak kesan, terutama kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini (ehem²) jadi saya akan teruskan dengan laporan selanjutnya berita ini.

Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter mulai esok.

p/s: Kalau macam ni, kenalah Malaysia buat pilihanraya kecil hari-hari. ;p

1 comment:

Fortune Thinker said...

Pentadbiran yang kurang bijak. Perbezaan antara Dr M dan Paklah. Dr M tolong kayakan golongan bukan Melayu melalui dunia korporat, dan pula tolong Melayu melalui polisi pendidikan, keusahawan, pertanian...Anak-anak tidak ada kaitan dengan politik, tetapi ahli korporat yang membantu anak-anak beliau dalam perniagaan. Paklah pula biarkan anak-anak terus balun apa yang ada dalam kementerian, terus balun duit rakyat.