Real Madrid berkemungkinan bersetuju untuk menjual Robinho dengan harga £25 juta kepada Chelsea apabila pemain tersebut menyatakan hasratnya secara terbuka. Robinho yang dikatakan berang dengan tindakan Real kerana ingin menjadikannya sebagai "alat" transaksi bagi mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Christiano Ronaldo baru-baru ini.
Beliau juga dikatakan berminat untuk menyarung jersi kelab dari England tersebut di bawah pengaruh jurulatih baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari. Chelsea yang kini menghuni tahta liga memerlukan sentuhan penyerang baru dengan Didier Drogba sedang dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang dialaminya.
Sementara itu, pengurus Manchester United, Alex Ferguson mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat Dimitar Berbatov akibat keengganan Spurs untuk menurunkan harga pemain yang berusia 27 tahun itu. Berbatov dikatakan telahpun menyerahkan permohonan untuk berpindah dari kelabnya kerana ingin bermain untuk United. Dengan musim perpindahan yang tinggal beberapa hari lagi, kemungkinan besar Alex Ferguson perlu menukar taktiknya atau kekal dengan skuad yang sedia ada.
1 comment:
hai..salam..chatbox x leh nak kesan lak..tggl msj kat cni la yer.. nk xchange link ?no problem.. thx
Post a Comment