Aug 22, 2008

Fabio Paim Bakal Beraksi Bersama Chelsea

Pemain sayap bawah 21 Portugal, Fabio Paim menandatangani kontrak 1 tahun (loan) bersama Chelsea. Pemain berusia 20 tahun itu sebelum beraksi bagi pasukan Sporting Lisbon namun gagal untuk menyinar dan menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama.

Scolari yang meminati gaya permain Paim percaya beliau mampu untuk membantunya menyinar. Paim dikatakan memiliki kebolehan mengawal bola dengan baik malah turut dibandingkan dengan Ronaldinho oleh sesetengah pemerhati sukan.

p/s: Hmm... kalau macam Ronaldinho kenapa Sporting Lisbon tidak mahu pemain ini?

1 comment:

Anonymous said...

muka macam hebat je