*Tips ini hanya untuk pengguna Windows XP

Jika ya, ini mungkin disebabkan kerana terdapat banyak program / application yang beroperasi secara automatik ketika Startup. Contoh application / program yang biasa kita lihat beroperasi secara automatik adalah: -
- Yahoo Messenger
- WinAmp
- Skype
- Quick Time
- Adobe Reader
- Anti-Virus
- ... dan sebagainya
Mula-mula tekan Start -> Pilih Run -> Taipkan ' msconfig ' (tidak perlu tanda ' ') -> Muncul "System Configuration Utility" -> Pilih option yang paling hujung iaitu "Startup"

PERHATIAN: Hanya tutup application / program yang anda tahu fungsinya sahaja supaya tidak mengganggu Windows. Cara termudah adalah mengetahui yang mana anda boleh tutup adalah dengan melihat pada kolum "Command" mana lokasi program / application tersebut disimpan.
Setelah berpuas hati dengan pilihan anda tekan butang Apply dan kemudian OK, restart PC anda.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment