Kebetulan hari tersebut sama merupakan hari di mana FlyFM 3rd Fly-Niversary diadakan di 1 Utama. Oleh sebab itu, tanggapan saya adalah Bukit Bintang akan lengang kerana orang ramai terutamanya golongan remaja akan berkumpul di Central Park Avenue.
Memasuki kawasan berhampiran dengan Pavilion, pergerakan lalu-lintas tiba-tiba sahaja bergerak agak perlahan seolah-olah ada sesuatu yang berlaku di hadapan. Walaupun ianya hari Sabtu tetapi berdasarkan pengalaman saya biasanya pada pukul 4 petang ke atas, jarang sekali berlaku kesesakan lalu lintas. Tekaan pertama saya adalah: -

Cuma masalahnya adalah tiada tow truck atau polis trafik di kawasan tersebut, maka tidak mungkin berlaku kemalangan jalan raya. Jadi, tekaan seterusnya adalah kemungkinan besar ada event yang sedang berlangsung di kawasan sekitar. Ternyata sekali tekaan saya tepat: -

Biasanya saya tiada masalah dengan sebarang event/party/concert kerana saya mengaku yang saya sendiri bukan alim. Namun begitu, kali ini saya terpaksa membantah dan menegur pihak HotFM supaya tidak lagi mengadakan konsert di kawasan Bukit Bintang.
Ingin tahu mengapa?

Muka-muka inilah yang kononnya menjadi pelapis kepada generasi sekarang bagi membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020. Yang lebih memalukan adalah kesemua mereka adalah orang Melayu (tidak nampak pula bangsa lain dalam gambar ini). Tidak hairanlah mengapa bangsa lain terutamanya Cina memandang rendah orang Melayu. Lihat sahaja perangai mereka tidak ubah seperti _ _ _ _ _! (isikan sendiri)
Cuba bayangkan apa agaknya tanggapan orang luar (pelancong) tentang kelakuan sebegini?
















