Sep 23, 2008

Heroes Season 3: Villains

Drama TV yang ditunggu-tunggu oleh berjuta peminat di seluruh dunia kini sudah kembali ke kaca TV. Heroes merupakan salah satu daripada drama TV paling popular di U.S dengan memecah monopoli drama superheroes lain seperti Superman, Batman, Spiderman dan sebagainya apabila menerima tontonan purata sebanyak 14.3 juta penonton dari U.S sahaja untuk setiap episodnya pada musim 1. Ini merupakan rating tertinggi bagi stesyen TV NBC dalam tempoh 5 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai masa lapang dan gemar menonton wayang, Heroes adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Pada pendapat saya, Heroes mendapat tempat di hati penonton kerana special effects yang digunakan dalam drama ini adalah sangat berkualiti tinggi. Jalan ceritanya juga sangat menarik kerana tidak seperti drama superheroes yang lain di mana hampir setiap minggu jalan ceritanya hampir sama, cuma watak jahatnya sahaja berbeza.

Keunikkan kuasa yang dimiliki oleh watak-wataknya juga menarik minat ramai kerana kuasa mereka berbeza-beza dan penambahan watak baru dalam setiap musim turut mencuri perhatian ramai. Jika pada musim pertama, tumpuan banyak diberikan kepada Syler, musim lebih menarik dengan munculnya beberapa watak jahat baru.

Musim ketiga pastinya kembali lagi dengan pelbagai aksi baru yang lebih mendebarkan. Saksikan preview musim ketiga: -



Sep 21, 2008

Blind Date: Bagaimanakah Keberkesanannya?

(sumber: free-dating-service-online.com)

Topik ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya, mungkin akibat menonton banyak movie tetapi saya ingin bertanya; Adakah ianya berkesan sehingga membawa ke jinjang pelamin?

Cinta itu Buta

Di Malaysia saya rasa mungkin amalan ini masih belum menjadi trend tetapi di negara maju seperti U.S, U.K (negara barat) malah di Korea juga sudah menjadi amalan biasa terutamanya bagi mereka yang hampir mencecah umur 30 tetapi masih belum mendapat jodoh yang sesuai.



Rata-rata yang saya nampak, penggunaan Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya kini dijadikan tempat mencari kenalan baru dan juga jodoh. Saya bertemu ramai kenalan baru di sana tetapi tidak pernah menggunakannya bagi tujuan untuk mencari jodoh.


Ada antara rakan-rakan yang pernah mencubanya bagi mencari teman wanita tetapi berakhir dengan kehampaan kerana gambar di profile mereka tidak sama dengan wajah sebenar mereka. Saya faham jika ada antara anda berkata bahawa wajah bukanlah segala-galanya dalam mencari pasangan yang baik tetapi secara logiknya, tidak wajar juga sekiranya gambar yang diletakkan di profile mereka tidak menggambarkan rupa sebenar mereka seperti di dunia sebenar (menggunakan effect photoshop).

Selain itu, kita juga mungkin terdedah kepada bahaya kerana bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali hati budinya. Mungkin mereka mempunyai niat lain yang boleh membahayakan terutamanya kepada kaum wanita.

Namun begitu, saya tidak menolak 100% bahawa khidmat mencari jodoh melalui Internet boleh membawa kebahagiaan kepada mereka yang bernasib baik. Sekiranya anda pernah mencubanya, sila berikan komen anda mengenainya.



Sep 20, 2008

Lagi Berita Aneh Utusan Malaysia


Mengapakah Anwar pula dipersalahkan jika kerajaan tidak mampu menarik pelabur luar datang ke Malaysia untuk melabur?

Pada pendapat saya, pengurusan negara adalah umpama pengurusan perniagaan. Ada untung, ada rugi. Sekiranya pengurusan yang diamalkan adalah betul dan baik, negara sekecil Singapura pun boleh berjaya. Yang menariknya, Singapura tidak bernasib baik seperti Malaysia di mana mereka tidak mempunyai sumber asli seperti petroleum, gas asli, balak dan sebagainya.

Contohnya: -
Jika anda menyewa lot kedai yang terletak di Bukit Bintang di mana terdapat hampir 10,000 pejalan kaki yang melintasi kedai anda setiap hari tetapi tiada siapa yang ingin memasuki kedai anda. Adakah anda akan menyalahkan pejalan kaki tersebut ataupun pemilik lot tersebut atau diri anda sendiri?

Jika ingin melibatkan isu keadilan, saya ingin memberi contoh bagaimana kerajaan Malaysia sendiri menggunakan taktik "kotor" terhadap AirAsia tidak lama dahulu. Isu di mana kerajaan Malaysia tidak membenarkan AirAsia menggunakan Lapangan Terbang Subang sebagai terminal tambang murah. Kemudiannya, Malaysia menubuhkan Firefly bagi tujuan untuk menggugat reputasi AirAsia. AirAsia kini mempunyai reputasi yang baik di Asia, cuba bayangkan jika mereka suatu hari nanti mengambil keputusan tidak lagi mahu berpusat di Malaysia kerana dasar kerajaan yang terlalu berat sebelah. Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh Malaysia?

Sekiranya tiada pelabur asing mahu ke Malaysia, maksudnya mereka tidak lagi percaya terhadap dasar kerajaan kini. Tindakan drastik perlu diambil dan bukannya menyalahkan orang lain. 

Rakyat tanggung beban perbuatan Anwar?
Adakah Anwar yang menaikkan harga petrol dan diesel semasa?
Adakah Anwar yang menetapkan harga tol-tol di Malaysia?
Adakah Anwar yang membina mahligai di Putrajaya?
Adakah Anwar yang menentukan gaji bulanan anda?
Adakah Anwar perdana menteri Malaysia?

Aneh!

Road Rage: Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Lemah!

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat ramah dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ramai pelancong asing turut bersetuju dengan pendapat ini. Namun begitu, di sebalik keramahan tersebut, rakyat Malaysia mempunyai sikap tidak bertimbang rasa apabila memandu.


Jika di luar negara formulanya adalah: -

Tidak berapa ramah dengan stranger = gentlemen di atas jalan raya

Di Malaysia pula: -

Peramah dengan pelancong = road rage di atas jalan raya

Mungkin inilah yang dikatakan sebagai keseimbangan ekosistem?

Saya mengkategorikan diri saya sendiri sebagai seorang yang kadangkala kurang bersabar di atas jalan terutamanya kepada pemandu lain yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Bayangkan jika saya sudah beratur hampir 10 minit menunggu traffic light bertukar kepada hijau, datang kereta dari kiri yang menggunakan emergency lane memotong saya secara tiba-tiba. Sekurang-kurangnya pemandu tersebut haruslah mengangkatkan tangan meminta jalan atau meminta maaf kepada pemandu lain.


Satu lagi tabiat pemandu di Malaysia adalah sifat tidak mahu mengalah terutamanya terhadap pejalan kaki. Zebra crossing adalah ibarat graffiti bagi pemandu kita yang tidak menghormatinya sebagai suatu tempat di mana orang ramai melintas. Di Bukit Bintang terutamanya kita dapat lihat di mana motorsikal menggunakan zebra crossing sebagai tempat menunggu traffic light bertukar kepada hijau sedangkan ada anak-anak kecil yang melintas dan mungkin terpegang ekzos atau enjin motorsikal yang panas.



Mungkin inilah yang membezakan antara sebuah negara maju dan negara membangun di mana mentaliti kita sebagai pemandu masih di tahap yang kurang memuaskan. Saya mencadangkan agar sekolah memandu dijadikan tempat melatih pemandu bukan sahaja teknik memandu tetapi juga tempat di mana melatih minda pemandu yang berhemah. Mungkin dengan cara ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastik.



KL - Fragments of Me (art exhibition)

Dates:
15-Sep-2008 - 30-Sep-2008
Days of Week:
Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Target Audience:
General Audience
Time:
10am - 5pm
Location:
Contact Person:
-
Phone no:
03 - 6203 4149
Email:
johanhaz@streamyx.com
Website:
-
TICKET INFORMATION
Price:
Free
Website:
-
Event Details/Other Comments
Stephanie Hazejager-Sng is an artist who after completing art school in the UK, finally unveils her first exhibition. This is an exhibition that you should'nt miss out on.

KL - National Singing Competition Dama Vocal Festival 2008

Dates:
15-Sep-2008 - 26-Oct-2008
Days of Week:
Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Target Audience:
General Audience
Time:
5pm/ 8pm
Location:
Contact Person:
-
Phone no:
03-6201 9107/ 9108
Email:
-
Website:
TICKET INFORMATION
Price:
RM72/ RM52/ RM32
Website:
-
Event Details/Other Comments
This inaugural singing competition sets the stage for exciting up-and-coming singers. Eligibility: The Competition is open to citizens and permanent residents of Malaysia. Candidates must be 17-35 years old.The Closing Date for applications is Wed, 8 Oct 2008. The Semi Finals will be held on Sat, 25 Oct 2008 (5pm & 8pm), followed by the Finals

Annual Peace Poster Contest

Dates:
21-Sep-2008 - 21-Sep-2008
Days of Week:
Sunday
Target Audience:
Kid Friendly
Time:
10.00am - 3.00pm
Location:
Contact Person:
Andy Lau
Phone no:
012-295 1822
Email:
andy.lauty@gmail.com
Website:
-
TICKET INFORMATION
Price:
-
Website:
-
Event Details/Other Comments
International Annual Peace Poster Contest organised by Lions Club of Petaling Jaya Metro. Theme : Peace Begins With Me Open to students ages 11,12 & 13 on November 15, 2008. Venue : Subway, Ground Floor G! & G2, Summit USJ, Subang Jaya, Selangor. Colouring contest & bottle painting activities are also available.

Spread the Seed of Love : Blood Donation

Dates:
21-Sep-2008 - 21-Sep-2008
Days of Week:
Sunday
Target Audience:
General Audience
Time:
10am-4pm
Location:
Contact Person:
Mr Seow
Phone no:
03-7877 6512
Email:
-
Website:
-
TICKET INFORMATION
Price:
-
Website:
-
Event Details/Other Comments
Spread the Love- Blood Donation Joint Organize by Fo Guang's USJ and PJ Branches

Sep 18, 2008

Ke Low Yat Lagi: Trend Terkini!

Hari ini saya ke Low Yat sekali lagi. Kali ini ke sana untuk membaiki PC (saya ada 2 PC di rumah) yang rosak. Ini merupakan kali kedua PC tersebut mengalami kerosakan dalam tempoh kurang dari 15 bulan. Yang anehnya, setiap kali pun hanya motherboard dan graphic card sahaja yang menjadi mangsa. Mungkin disebabkan oleh overheat kerana saya jarang sekali menutup PC di rumah.

Perjalanan ke Low Yat dari rumah saya hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit, itupun disebabkan kesesakan lalu lintas. Bolehlah dikatakan bahawa Low Yat adalah rumah kedua saya kerana jika kebosanan saya pastinya ke sana untuk melakukan survey harga barang. 

Notebook merupakan antara benda yang sentiasa menarik perhatian saya. Jika dahulu, harga notebook yang paling rendah adalah dalam lingkungan RM3,000 ke atas (Acer, Compaq), kini harganya turun dengan mendadak mengikut trend terkini. Saya percaya antara salah satu sebabnya utamanya adalah: -


(sumber: nexus404.com)

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan harga pasaran bagi notebook: -
  • Berat
  • Spesifikasi
Berat memainkan peranan penting dalam pemilihan notebook, sekiranya anda seorang suka membawa notebook anda ke mana sahaja bagi membolehkan anda melakukan kerja, sudah pastinya notebook yang beratnya 2.0 kg ke atas akan membebankan penggunanya. Berat yang dinyatakan pada brochure di Low Yat adalah berat minimum bagi notebook tersebut, tidak termasuk perkakasan seperti mouse, adapter, beg dan sebagainya. Bayangkan anda perlu membawa "bebanan" tersebut di mana konsep mobility tidak lagi praktikal.


(sumber: ggpht.com)

Dari segi spesifikasi pula, bagi yang hanya menggunakannya bagi tujuan melakukan assignment, menaip menggunakan word processor seperti Microsoft Word, bermain game yang memerlukan spesifikasi yang tidak terlalu tinggi, anda mungkin tidak perlu membelanjakan lebih dari RM3,000 untuk membeli notebook yang canggih. Kebanyakkan notebook yang dijual pada harga RM5,000 ke atas adalah untuk high-end user seperti gamers, graphic designer, programmer, dan sebagainya yang kebanyakkannya melibatkan proses rendering.

Saya tertarik dengan beberapa jenis mini-notebook seperti: -


HP 2133 Mini-Note PC
(sumber: hp.com)


AcerAspire One Mini Notebook
(sumber: nexus404.com)

Rata-rata harganya kurang dari RM2,000. Namun begitu terdapat 2 kelemahan utama bagi mini notebook iaitu: -
  • Keyboard yang agak kecil berbanding yang ada pada notebook biasa. Anda mungkin perlu berhati-hati ketika menaip.
  • Screennya juga terlalu kecil.
Jadi, jika anda ingin membeli notebook, pastikan anda menetapkan target anda dan rajin-rajinlah bertanya atau membaca review di Internet.