Apr 9, 2009
Pak Guard Semakin Kurang Ajar!
I'm officially anti-pak guard!
Ada sesiapa perasan tak sekarang ni makin banyak pengawal yang 'kerek' semacam terutamanya yang menjaga shopping mall. Minggu lepas saya terlihat seorang salesman dihalau keluar dari sebuah premis fast-food.
Saya faham bahawa itu tugas mereka cuma yang saya bengang adalah cara mereka melayan orang lain seperti penjenayah besar dan memalukan mereka dikhalayak ramai. Tidakkah mereka terfikir jika orang lain melakukan perkara yang sama terhadap mereka, apa agaknya mereka rasa?
Sejak kebelakangan ini saya banyak pengalaman buruk dengan pak guard. Minggu ini saya tidak dibenarkan membawa masuk beg notebook ke dalam library universiti sedangkan pelajar-pelajar lain turut melakukan perkara yang sama.
Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing dan saya sudah semakin hampir dengan limit saya. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya tidak berasa ragu-ragu berkasar dengan mereka jika mereka terus berperangai seperti ini.
Saya pernah berbincang perkara ini dengan rakan-rakan dan rata-rata mereka juga pernah mengalami pengalaman buruk dengan pengawal keselamatan. Adakah anda juga pernah mengalami pengalaman sebegini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
no komen...ada sesetengah yang ok...yang ko tu,ingat tempat yg dia jaga tue macam tepat dia plak..
mmg nyampah plus cam sampah
pernah kene gak ngn org camni
ish aku pun kadang2 benci gak dgn pak guard yang kerek ni..
mcm ko ckp la,memang derang wat keje derang tapi..
berbudi bahasa la skit kan??
Aku taknak la berkuang ajar dengan mereka. Kadang2 kena mintak tolong mereka juger. tapi penah jugak sekali dua aku tengking pakgad2 yg siot. tapi kes terpencil je kn. polis pun kdg2 sama jugak siot. sesetgh tu gaya cakap macam nak mintak dipukul beramai2 jek. tapi kes terpencil jugak. jgn sebab nila setitik rosak susu dutch lady sekotak 500ml.
memang kadang kadang aku menyampah... tapi tak la semua jahat... ada gak yang ok
http://muadzlife.blogspot.com/
salam...
bagi aku tu berbalik pada sikap professionalisme kita sume bila dalam berkerja...aku rasa ada baiknya kalau kerajaan @ agensi2 tertentu buat kelas/seminar/kursus utk mantapkan professionalisme pekerja2 kat Msia ni...biar jadi budaya untuk kita membuat kerja dengan cara yg terhormat...bukan pak guard je...tapi makcik tukang masak mana2 atau kaka-kakak waiter@casher supermarket patut ada sikap professionalisme...hehe...tu idealime yang tak tau bila akan terlaksana...
pasal bawa beg laptop, agaknya pihak korang perlu bincang ngan pihak pengurusan library untuk clarify yg beg laptop boleh bawa masuk...pak guard x boleh dsalah 100% sbb rule x clear kot...huhu
neway, banyakkan bersabar k :)
oh. saya memang anti pak gad.
hari selasa hari tu saya diberi surat amaran kerana tak pakai kad matrik.
ok. memang salah saya.
tapi apalah sangat kesalahan tu, kalau nak dibandingkan dengan budak yang pakai baju yang tak macam nak pakai baju itu??
sedangkan mereka dengan bangganya memakai baju singkat dan ketat, berjalan2 depan pak gad dengan slambenye.
adakah tidak memakai kad matrik sangat besar kesalahan dari kesalahan sahsiah rupa diri...??
renung2kan...
paan: mmg bukan tempat dier bro. macam saya cakap, saya faham itu tugas dier tapi cakap baik2 kan boleh.
joe: rasanya ramai dh kene pengalaman sebegini.
callister: tu la. kan budaya orang malaysia "berbudi bahasa budaya bangsa".
benrauf: haha dutch lady ape kemender nie bro. mmg la x semua tapi bila sorang buat sume jadi mangsa kene kutuk. macam jugak orang melayu, bukan semua yang malas tapi sebab setitik tu semua orang melayu kene chop pemalas.
adry: dorang x jahat bro, cume kurang berbudi bahasa je.
hurul: rasanya kerja pak guard nie ada kursus. tapi maybe x ajar la cara nak cakap elok2. dorang tau halau orang je.
zaza: biasa la tu. saja nak buat orang marah. mencabar kesabaran.
ahahaha... pak guard mmg dipulau kat hostel
I had a bitter experience with these bunch of Pak guard recently. It happened when I went to my relative's condo on the other day. Since it was my first time visit there, naturally I would be clueless. That guard scolded me as if I trespasses a highly classified area and he called me stupid for not knowing better. How should I know better if it was my first time at that premise? If it wasn't to jaga my relative's face, I might have landed my laptop on his face that day already.
aku belajar di UPSI. aku menghormati guard dan memberi salam kepada guard yang muslim.
harini aku ditahan oleh pak guard india kerana membawa masuk kereta dalam kawasan kampus. dia mengugut untuk menyamanku. aku terpaksa membawa masuk kereta kerana sudah terlewat ke kuliah. katanya, aku datang lewat bukan masalahnya dan dia tidak akan tolak ansur dan akan menyamanku jika aku tidak segera keluar. lalu dia dengan kurang ajarnya mengarahkan aku keluar dari kawasan kampus.
pakguard itu yang sebelum ni pernah menyaman aku dan rakanku sebanyak 40 ringgit kerana aku menumpang motosikal rakanku dari dalam kampus untuk ke pintu masuk tanpa memakai helmet.
pak guard itu juga pernah berkali-kali menahan dan memarahi aku kerana aku tak tight in baju.
Pak Guard India tu ingat UPSI ni bapak dia yang punya? Pergi mampus sama bapak dia dan dia sekali. Celaka punya guard.
Post a Comment