Apr 4, 2009

Maggi Q Datang Malaysia?


Sudah tentulah jawapannya tidak! Maggi Q yang saya maksudkan adalah: -


Sebenarnya saya tidak mahu menulis panjang dalam post kali ini kerana saya agak sibuk dengan projek. Cuma ingin berkongsi pendapat saya berkaitan dengan perkhidmatan WiFi percuma.

Ini adalah mesej ringkas saya kepada kaki sedut bandwidth a.k.a leecher.

Jika anda menggunakan perkhidmatan percuma WiFi tidak kiralah di Starbuck, McDonalds, KFC dan sebagainya, silalah lebih considerate dengan tidak menggunakan Torrent, Rapidshare dan sebagainya yang akan menjadikan kelajuan Internet berkurangan kerana pelanggan yang lain juga sedang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jika anda melayari Youtube, silalah buka satu tab sahaja pada satu-satu masa dan tunggu sehingga ianya habis loading. Saya agak kecewa dengan beberapa individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut seolah-olah mereka melayari Internet di rumah mereka dan tidak memperdulikan pelanggan lain yang turut berkongsi.



8 comments:

cheryna zamrinor said...

dah lama tak guna internet kat starbucks sbb menyampah ngan pengguna len yg sangat2 la tamak...kadang2 ade yg suka rebut plug!!! hukhukhuk...

stranger said...

kat rumah pun terdapat adik yang kaki sedut bandwidth yang selfish. sekarang baru tahu itulah penyebabnya kenapa connection sangat slow jikalau si adik ada di rumah. argh death to all file-hosting sites.

twenty-six said...

ingat citer pasal mee maggie tadik ahaks.

gua terpaksa bawa alatan WBB apabila berada di starbuck kerana gua adalah antara puak yang suka mengeringkan bandwith serta membuatkan pengguna lain sengsara.

kasihan mereka.

@dmin said...

cheryna: pergh. rebut plug pun ada. nie dah kes berat.

stranger: biasanya kalau torrent mmg suck bandwidth teruk. lagi2 sebab dh kene throttle dgn tmnet

twenty: tak baik bro makan sorang2.

Lyserg said...

kalau kena masukkan wep key, tapi kita tak tau, ada cara nak akses wireless tu?

bd fabregas said...

dh lama x nampak window camtu sejak u aku start pakai kabel LAN plak utk akses internet kt sini..

lankapo said...

kalau kat tempat free wifi tuh cek email, browse sket2 dah la..melampau lah smapai nak dload torrent.

calvaryzone said...

hahaha, kena tipu pulak