Apa yang menariknya, rata-rata pengunjung adalah berbangsa Melayu. Walaupun saya tidak pasti samada mereka mencari buku berbentuk ilmiah ataupun tidak, sekurang-kurangnya nampak ada kesanggupan di kalangan mereka untuk menjadikan membaca sebagai hobi masa lapang. Lagipun biasanya kalau bukan konsert atau program berbentuk hiburan, sukar untuk melihat orang kita berkumpul dalam jumlah yang begitu ramai.
Oleh kerana cuaca agak baik sepanjang 2 minggu lalu, saya lebih gemar menaiki LRT ke PWTC. Ada sebab mengapa saya memilih pengangkutan awam tersebut. Pertama, ianya lebih menjimatkan berbanding memandu kereta sendiri. Kedua, keadaan traffik yang tidak menentu kadangkala boleh melambatkan perjalanan. Ketiga, saya tidak gemar mencari parking di kawasan yang saya kurang familiar. Biasanya untuk event sebegini, ia biasanya dikunjungi oleh mereka yang berkeluarga dan memandu kenderaan sendiri. Maka, parking sentiasa tidak mencukupi.
Pesta buku kali ini menyediakan banyak aktiviti yang menarik bagi memeriahkan suasana.
Booth yang mendapat sambutan paling menggalakkan adalah Moy Publications. Hampir rata-rata pengunjung yang berada di sana menjinjing beg kertas dari syarikat penerbitan tersebut. Sebenarnya saya sudah lama sedar trend ini sejak beberapa tahun lepas. Nampaknya, promosi yang dilakukan oleh mereka cukup berkesan.
Namun begitu, booth yang lain tidak kurang hebatnya dari segi jumlah pengunjung. Terdapat banyak publisher terkenal tanahair yang turut menawarkan harga istimewa kepada pengunjung yang hadir.
Selain buku, terdapat beberapa promosi lain. Pelik rasanya jika sesuatu event tanpa booth dari syarikat telekomunikasi gergasi tanahair yang begitu giat menjual produk mereka. Kadang-kadang Maxis, Celcom dan kali ini syarikat maskot toyol kuning iaitu Digi.
Bagi peminat Azizi Ali, penulis terkemuka "Jutawan dari Planet Jupiter", beliau juga turut berada di pameran tersebut bagi mempromosikan koleksi bukunya. Saya berkesempatan bertemu dengan "the million dollar man".
Saya bergerak pulang kira-kira jam 6 petang selepas hampir 3 jam berada di sana. Saya berharap ianya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan mungkin boleh dijalankan sebanyak 2 kali setahun bagi memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3 comments:
aku pun ke sana gak semalam. tak jumpa pon, hehehe
sedey laaa...tk b'ksmpatan gi sana...bnyk ker beli buku ??
yg paling sonok...kalo kita beli buku, penulis tu ada sekali siap sign otograph kat buku kita tu kan..best nyer
aku rasa zaman internet nie x perlu sgt beli buku.
suft net.
pinjam library sudah memadai.
lagipun byk buku best not on sale la..
Post a Comment