Bagi anda yang mengikuti kes ini mungkin sudah melihat gambar-gambar palsu Rihanna.
Saya tidak mahu mempertahankan mana-mana pihak tetapi apa yang dilakukan oleh Chris Brown sememangnya sukar diterima. Beliau tidak mempunyai hak untuk melakukan perbuatan tersebut walaupun mungkin ada sesuatu yang dilakukan Rihanna yang tidak disukainya. Tambahan pula, mereka hanya pasangan kekasih dan bukannya suami isteri.
Namun begitu, setiap manusia mempunyai had kesabaran masing-masing dan saya percaya Chris Brown ketika itu secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Jika tidak silap saya, beliau telahpun meminta maaf secara terbuka dan Rihanna dikatakan mahu berbaik semula dengannya.
Saya setuju bahawa setiap manusia layak menerima peluang kedua tetapi saya tidak percaya bahawa seseorang itu mampu berubah dengan mudah kecuali dengan keazaman yang tinggi. Saya tidak terkejut jika perkara sebegini mampu terjadi sekali lagi kepada Rihanna.
Bagi peminat-peminat Rihanna di Malaysia, berita baik untuk anda di mana Rihanna dikatakan sudah sembuh sepenuhnya apabila dilihat hadir ke sambutan hari lahirnya walaupun ianya terpaksa ditangguhkan beberapa minggu akibat incident ini.
Patutkah Rihanna menerima kembali Chris Brown? Patutkah Chris Brown diberikan peluang kedua? Apa pendapat anda!
3 comments:
kepala hotak christ brown sesuke hati pukul anak orang macam anjing kurap. orang laki pukul bini sampai camtu pun kita dah sumpah seranah. sama ada rihanna nak terima balik christ brown tu terpulang lah. tapi kalau aku jadi abang rihanna memang christ brown dah hilang kepala.
Huh itu bru jd teman lelaki,belum jd suami kan?mmg betul setiap peluang harus d berikan utk menebus kesilapan,tp sabar jgk kan ada batasan,klu x fikir sbelum melakukan,x kan jd mcm ni kan?harap muka je encem!!!
Laporan menunjukkan jualan album Rihanna melonjak giler selepas insiden tu.
Adakah ini satu provokation?
Semakin banyak akhbar menceritakan hal yang sama (taktik yang kotor untuk menaikkan sales).
Entahler...
Post a Comment