Dec 7, 2008

The Day The Earth Stood Still - Official Trailer



Filem ini bakal menemui penonton pada 12 Disember 2008 (Jumaat) tetapi mengikut jadual yang terdapat di website TGV dan MBO, ianya akan berada di pawagam pada 11 Disember 2008 (Khamis). Filem ini nampak agak menarik pada pendapat saya walaupun secara jujur saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana berdasarkan pengalaman saya yang lepas, filem sebegini berkemungkinan besar mempunyai ending yang anti-climax atau dalam erti kata yang lebih mudah, penghujung mungkin "tergantung".

Untuk pengetahuan ramai, filem ini adalah remake kepada filem yang dikeluarkan pada 1951. Jika anda masih ingat lagi pada 2005, filem yang dibintangi Tom Cruise yang bertajuk "War of The World" juga menggunakan konsep yang sama.

Tetapi saya rasa ia mungkin lebih berbaloi berbanding filem James Bond - Quantum of Solace yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini. Saya mungkin ke panggung wayang bagi menonton filem ini.



4 comments:

Allan Leyva said...

Happy Sunday my fellow blogger! :)
I'm definitely watching that movie!
About my blog... click home & you'll see the side menu... :)

apple Sweet said...

huhuhu.. Bro Slumber.. cite nie dah kuar ke? minat siot ngan keane tu.. slumber giler dia belakon dalam cite nie.. muke rilex cam xde pe2 je..

keane tu jadi alien kan2?

Bro Slumber Jom tgk ngan aku cite nie.. kekeke

kruel74 said...

Cite ni dulu Klatu tu dilakonkan oleh David Bowie yang dari dulu sampai sekarang rupa cam alien. Mamat keras cam kayu Keanu Reeves tu lak ganti. Sesuai sangat lah tu. Tapi aku memang nak tgk pun. Termasuklah the Spirit (25.12.08)

slumbeRAJA said...

[allan]found it. thanks for dropping by man ^^.

[apple sweet]belum lagi. 11 disember nanti. saya pun x sure details cite nie. tu yg kene tgk nie. hehe. panggung wayang kt sebelah rumah saya je. nak tgk sama jom la datang sini. hehe

[kruel]the spirit? cam menarik je. nanti cari trailer. ^^