Dec 20, 2008

Champion League (Knockout Round) Draw!

Chelsea vs Juventus
Villarreal vs Panathinaikos
Sporting vs Bayern
Atletico Madrid vs FC Porto
Lyon vs Barcelona
Real Madrid vs Liverpool
Arsenal vs Roma
Inter vs Manchester United

Tiga kelab dari England berhadapan dengan potensi disingkirkan pada pusingan seterusnya apabila bertemu dengan pasukan yang boleh dianggap pencabar utama kepada kejuaraan kejohanan tersebut tahun ini.

Yang paling menarik adalah pertemuan antara juara Eropah, Manchester United bertemu dengan juara Italy dan juga pendahulu Serie A iaitu Inter Milan. Perlawanan ini pastinya menarik dengan rekod pertemuan antara Alex Ferguson dengan Jose Mourinho lebih memihak kepada pengurus kelab Inter tersebut.

Juara 9 kali, Real Madrid pula bakal bertemu dengan pendahalu liga England iaitu Liverpool. Prestasi buruk Real sejak kebelakangan ini pastinya merisaukan Juande Ramos tetapi skuad tersebut pastinya bakal diperkuatkan dengan kehadiran penyerang baru mereka, Klaas Jan Huntelaar yang bakal menyarung jersi putih mulai Januari 2009.

Chelsea pula bertemu dengan Juventus yang kini berada di bawah kendalian bekas pengurus Chelsea iaitu Claudio Ranieri. Beliau pastinya ingin menjadikan pertemuan ini sebagai misi membalas dendam dan membuktikan kebolehan beliau sebagai seorang pengurus yang berkaliber.

Hanya Arsenal sahaja yang bernasib baik apabila bertemu dengan Roma.

2 comments:

Legal Cat said...

Ya lah bernasib baik. Arsenal nya record dgn Roma bukan bagus sangat pun tapi 2,3 tahun ni better lah. Tapi pemain Arsenal muda sangat lah. The Professor tak tau lah boleh bagi inspiration atau tak. Takde leader on the field sekarang

Shemmi said...

Arsenal bukan terer lagi skrg kn?hahaha..
lama2 dulu suke jugak team kaler merah putih ni..masa zmn2 Dennis Bergkamp...


Go Juventus Go!!!!