Dec 26, 2008

Boston Celtics vs LA Lakers: Berakhirnya Rekod 19 Kemenangan Berturut-Turut!



Akhirnya, perlawanan yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai peminat liga NBA di seluruh dunia. Celtics yang turun selaku pendahulu Eastern Conference dengan rekod 19 kemenangan berturut-turut menentang Lakers yang mendahului Western Conference dengan pemain kesayangan mereka yang juga MVP 2008 iaitu Kobe Bryant.

Perlawanan ini sebenarnya mengulangi perlawanan Playoff Finals yang menemukan kedua-dua pasukan yang berakhir dengan kejuaraan jatuh ke tangan Celtics. Beraksi di Staples Center, Lakers turun dengan misi membalas dendam dan juga menamatkan dominasi Celtics yang dianggap 'unstoppable' oleh ramai pemerhati sukan ini.

Perlawanan bermula pada jam 5:00 PM ET iaitu kira-kira jam 6 AM waktu Malaysia. Saya hanya mula menonton apabila perlawanan memasuki 2nd half iaitu 3rd quarter. Ketika itu, Lakers sedang mendahului perlawanan dengan 6 mata. Seperti yang anda sedia maklum, basketball bukanlah antara sukan utama di negara ini. Saya sendiri secara jujur, kurang berpengetahuan dalam permainan ini tetapi setelah beberapa tahun memerhatikan, saya sedikit sebanyak sudah mula memahaminya.



Oh ya, sebelum terlupa, saya adalah penyokong setia L.A Lakers. Walaupun demikian, sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam perlawanan ini kerana prestasi Lakers yang agak terumbang-ambing kebelakangan ini dengan masalah pada bahagian pertahanan mereka. Celtics yang dibarisi oleh bintang yang membawa kejuaraan musim lalu seperti Paul Pierce, Ray Allen dan Kevin Garnett memiliki kebolehan mendapatkan mata dengan banyak dalam setiap perlawanan.

Memasuki 4th quarter, kedua-dua pasukan saling bertukar giliran selaku pendahulu walaupun Lakers pada satu ketika berjaya menjarakkan diri dengan 8 mata. Memasuki 2 minit terakhir, Lakers hanya berjaya mendahului dengan 2 mata. Segala-galanya berakhir apabila Lakers menukar taktik mereka dengan menjadikan Kobe Bryant sebagai umpan manakala Pau Gasol sebagai target man.

Strategi tersebut membuahkan hasil apabila Gasol tidak membazirkan peluang dengan menjaringkan 4 mata berturut-turut yang sekaligus menutup peluang Celtics bagi melebarkan rekod kemenangan mereka. Ini merupakan kekalahan kali ke-3 buat Celtics musim ini di mana ianya berita gembira buat peminat Cleveland Cavaliers yang mengikut rapat di belakang Celtics dengan hanya 4 kekalahan.

3 comments:

Anonymous said...

dulu masa RTM siar basketball, ada la tengok..skang jarang laa..takde astro maa..

Anonymous said...

walaupon aku memang suka main basketball..aku tak suka tgk game basketball NBA...banyak sangat slamdunk...haha

Fazrulls said...

bro.. ni hang main game PS2 ka?