Dec 9, 2008

Bolasepak Malaysia: Kecewa Lagi!



Saya rasa mungkin penjaga gol negara, Helmi Eliza Elias bengang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk merayakan hari raya Aildiladha bersama keluarga. Jadi, bagi menunjukkan rasa tidak puas hati, maka beliau melepaskan 3 gol sebagai "korban".

Walaupun memang benar kekalahan sememangnya terletak di atas bahu Helmi semalam tetapi secara keseluruhan persembahan bola sepak masih lemah. Sebenarnya bagi saya, mereka bukan tiada bakat langsung tetapi masalah utama yang ada pada pemain negara kini adalah psychology yang lemah dan juga masalah dengan stamina.

Jika kita lihat permainan yang berlangsung semalam, saya yakin bahawa pasukan kita adalah jauh lebih baik dari pemain Vietnam tetapi kita tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Stamina memainkan peranan penting. Pada saya, jika pemain Malaysia mempunyai stamina seperti pemain Jepun, Korea, dan juga pemain dari negara Afrika, tidak mustahil kita mampu untuk pergi jauh dalam sukan nombor 1 negara ini.

Dari mata saya, pemain bola sepak Malaysia tidak mempunyai kesabaran. Banyak hantaran yang kepada posisi penyerang dilakukan dengan terburu-buru sedangkan penyerang kita tidak mampu untuk mengejar mahupun menyambut hantaran sedemikian. Sekiranya pemain pertahan dan juga tengah bijak menyimpan bola dengan hantaran pendek, ini dapat meningkatkan peluang serta dapat menakutkan pemain lawan dengan psychology bahawa pasukan Malaysia lebih superior berbanding mereka.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Thailand, musuh tradisi kita. Dilihat dari konteks semasa, saya tidak rasa yang kita mampu untuk menewaskan Thailand kecuali jika ada keajaiban.

Berikut adalah recap perlawanan semalam: -



9 comments:

apple Sweet said...

ermmm... x tahu la nk ckp pe lagi.. kita layan je la... x mampu nk komen2 ag pasal permain kita nie..

huhuhhu..

pe yg apple bleh kata.. chaiyok2

julietchun said...

Dah biasa dgr berita Mesia kalah jd aku tak rasa ape.

cHeRyNa PiReS said...

Saya rasa mungkin penjaga gol negara, Helmi Eliza Elias bengang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk merayakan hari raya Aildiladha bersama keluarga. Jadi, bagi menunjukkan rasa tidak puas hati, maka beliau melepaskan 3 gol sebagai "korban".


---agak2 la sathia...racist betul bunyi ayat nieh...walopon helmi tuh mmg kantoi...tp tak patut betul ayat nieh kuar...huhu..

slumbeRAJA said...

[apple sweet]kene bagi dorg motivasi skit supaya dapat kembalikan zaman kegemilangan bola sepak tanahair.

[julietchun]sebab tu stadium kosong je. sedih...

[cheryna]sathia tu ape maksudnya? racist? saya tak cakap apa-apa pasal race pun. saya pun melayu. tu lawak je. "why so serious" ^^

shaxx said...

seperti biasa... jaguh kampung! aku rasa malaysia lupakan je la bola sepak and concentrate dalam acara congkak atau permainan yg sewaktu dengannya.... buat letih je sokong... x konsisten langsung....

gendit said...

tu ar...aku tgk malaysia maen ikotkan dah cantek da...tp kerna penjaga gol...hancus semua...3 gol...mcm harem...sumenyer keeper ponyer pasal...geram2

jalak lenteng said...

hmm...betul lah..panas betul tengok helmi tuh..nampak keayaman die jadi keeper..sakit hati..yang laen sume maen dengan semangat..moral down jadi player kita..

alonq_exe said...

Tuan Rumah, saya rasa Cheryna Pires tu salah faham. Dia ingatkan kata-kata "aya rasa mungkin penjaga gol negara, Helmi Eliza Elias bengang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk merayakan hari raya Aildiladha bersama keluarga. Jadi, bagi menunjukkan rasa tidak puas hati, maka beliau melepaskan 3 gol sebagai "korban"" tu Sathia yang keluarkan.

Sathia tu jurulatih kan? Tatau la, tapi saya tau yang tu kamu yang tulis, bukan Sathia.

Shemmi @ Tachi~Hajime said...

siapa Helmi ni?
hahaha...saya tak kenal lansung player Malaysia..
bunyi macam orang yang teruk..
tapi...maafla...
malaysian football?emm..nothing to see!..haha..
(kena gam dah dengan SlumbeRAJA pasni)


Viva ITALIA!