Sep 17, 2008

True Blood: Kisah Cinta Antara Manusia dan Vampire!

(sumber: en.wikipedia.org)

Bagi penggemar cerita Buffy The Vampire Slayer atau Angel, HBO telah menghasilkan sebuah lagi drama TV yang berkisar mengenai kehidupan dua makhluk berbeza alam iaitu manusia dan vampire. Konflik antara dua spesis yang memiliki perspektif yang berlainan ini akhirnya dapat disatukan dengan terhasilnya darah sintetik yang dikenali sebagai True Blood.

Vampire kini tidak lagi menjadikan manusia sebagai menu utama mereka manakala sesetengah manusia sudah dapat menerima makhluk pemangsa tersebut. Jalan cerita drama ini lebih menonjolkan watak Sookie Stackhouse (lakonan Anna Paquin), manusia yang memiliki kebolehan istimewa mendengar fikiran manusia lain (ala-ala Matt Parkman dalam siri Heroes).

Sookie kemudiannya bertemu dengan seorang Vampire kacak bernama Bill Compton (lakonan Stephen Moyer) yang telah hidup selama 173 tahun. Tidak seperti manusia lain, Sookie tidak dapat membaca fikiran Bill yang menyebabkan beliau tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Berikut adalah preview bagi True Blood: -





3 comments:

Anonymous said...

Dah tengok first two episodes... okay lah.. not bad.. cliffhangers dia pun not bad.

Anonymous said...

Aku memang peminat cerita-cerita mengenai vampires dan zombies jadi memang dah lama "anticipated" cerita ni. Memang tidak menghampakan.

Anonymous said...

aduh..dah start ke?..hari apa dgn pukul bape cite ni start?..