Sep 11, 2008

Mencari Cinta: Paras Rupa vs Intelektual


(sumber: couple-compatibility.com)

Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan komen pada post yang lepas-lepas. Segala comments anda amat dihargai.

Mencari jodoh yang sesuai merupakan suatu lumrah dalam kehidupan setiap insan. Baik lelaki mahupun wanita, kita semua mempunyai impian mempunyai teman hidup yang serasi di mana kita boleh berkongsi cerita, pengalaman, nasihat dan sebagainya. 

Sebagaimana yang anda sedia maklum, saya adalah seorang yang mempunyai pendapat dalam banyak perkara. Saya sendiri tidak pasti dari mana datangnya pendapat-pendapat aneh tersebut. Jadi, jika ada persoalan yang berlegar di fikiran saya, maka rakan-rakanlah yang akan menjadi "mangsa" bagi menjawab persoalan tersebut dan saya suka melihat bagaimanakah respond mereka terhadap sesuatu perkara.

(sumber: desertthirst.files.wordpress.com)

Topik relationship adalah antara topik yang seringkali dibincangkan kerana saya pasti setiap orang mempunyai citarasa atau taste masing-masing. Jadi, soalan yang saya ingin ajukan kepada pembaca semua adalah: -
"Antara paras rupa dan intelektual, yang manakah lebih menjamin hubungan sesuatu pasangan?"
Biar saya jelaskan soalan ini. Katakan A adalah seorang yang menawan (cantik/kacak) tetapi dari segi interaksi sesama pasangan kurang menarik manakala Z adalah seorang yang bijak dan pandai bertutur-kata tetapi tidak memiliki paras rupa yang menawan. Saya tahu kita semua mengharapkan bahawa kita boleh mendapat kedua-dua kriteria ini tetapi realitinya cuma yang bernasib baik sahaja yang dapat memilikinya.

Soalannya mudah, tetapi saya mahu anda fikirkan jawapannya terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan. Hakikatnya, soalan ini tiada jawapan yang salah ataupun yang betul kerana ianya hanyalah pendapat dan saya tidak akan menilai sesiapa berdasarkan jawapannya kerana saya percaya setiap manusia berhak memiliki dan menyuarakan pendapat masing-masing. Negara demokrasi!

Berikut adalah 2 pendapat berbeza yang saya terima:

slumbeR@J@: bro, kalau ada awek cun dengan awek yang pandai amik hati maksudnya seronok ajak berbual, yang mana satu korang pilih?
rakan 1: awek cun la sebab kalau bawak jalan-jalan sure bangga beb. plus, sedap mata memandang. gambar kahwin nanti pun cantik je.
rakan 2: kalau aku pilih yang pandai amik hati sebab takkan cepat bosan. Kecantikan tu bertahan cuma masa muda saja (short term), tapi kalau pandai amik hati sampai bila-bila pun sayang.
rakan 3: dua-dua!
slumbeR@J@: erk. mane boleh. pilih satu je!

Jadi persoalannya, yang manakah satu pilihan anda?

Update:
Menjawab persoalan Zamz, mengambil hati atau pandai bertutur kata tergolong dalam intelektual kerana dengan kebijaksanaan seseorang mampu menjadi menarik walaupun tidak memiliki rupa.


19 comments:

Zamz said...

no 2 tu intelektual ke pandai ambik hati...

intelektual tak semestinya pandai amik hatikan vice versa..

tapi kalau aku pilih yg intelektual lah..

Tirana said...

Oleh kerana di beri 2 limited choice, I go for pandai amik hati. Susah tau kalau ada partner yang cun..susah nak jaga..nanti ramai peminat..kita jugak yang jealous..hehehe.. biar sakit mata, jangan sakit hati...

mkaw77 said...

hmmm.. orang lelaki mencari cinta ngan mata, perempuan mencari cinta ngan telinga. fikir² dan renung² kan lah...

nanaku said...

hmmm sush nk decide kan..for na, i will choose someone yg pandai amik ati na...tp nowadays rmi yg pndg pada rupa paras kn..for me rupa paras x menjamin apa2...tp hati yg baik akan dikenang smpi bile2... :)

iDa~ said...

setuju dgn komen kat atas2 tuh... lya nak pilih yg intelektual jugak...!

nurulshari said...

erm...im in other side.
i prefer paras rupe lagi..
hahahaha..
wei, nk ngadap lame tuh...hari2 lagi. mmg la nnt2 tua kerepot gk,tp xpe la, bkn die pon kerepot. sume org pon same..

psl intelektual tuh, xpe2... ajo pelan2... s long s die tau bnde basic2 tuh ok la..
no need to know deep n deeper...
kehkehkeh...

sue said...

saya pilih yg ke-2 kerana saya suka mendengar dari melihat..ahah

Tie said...

Tie pilih yang intelectual..mesti laa...kalau yg cantik, lama2 berkedut, rambut luruh, gigi gugur..perut pun menggelebeh..dah tak lawa...tapi yang berintelectual tu takkan berkurang malah bertambah ilmunya, kasihnya (harap2 laa), hubungan semakin mesra kerana ia guna akalnya dlm membina kesejahteraan bersama...Kalau tak caya boleh tgk hubby tie..he he..

Khaizarien said...

of corse intelektual la...kalo cantik tapi bodoh wat pe...menyusahkan idup jer....

Unknown said...

i'll go for intelectual...tapi kalo dah dpt yg ensem nak buat macam mana kan?..tuh bonus package...ehehe..

Zara Zuleika said...

dalam memilih pasangan hidup, perlu cermin muka sendiri dahulu... kuikuikuikui...

aku pilih intelektual. penting. kena pandai jaga ati mak bapak kita, penyayang, berilmu pengetahuan... takdelah dah kawen nanti bisu ajer, aku pandang dier, dier pandang aku.. at least buleh di ajak berbual & bertukar pendapat. paras rupa? tak penting bagi aku.

aku lebih bangga punya suami berilmu pengetahuan drpd cetek fikiran..

Cybernetics Mind said...

persoalan cinta atau jodoh ni adakalanya terlalu abstrak utk dibicarakan....kl lihat dari sudut kerohanian segala yg membabitkan persoalan jodoh/cinta adalah tugas ALLAH yg tk boleh dipertikaikan lagi.....maka bila berlaku pertemuan antara "beauty & the beast"...masyarakat tk harus mempersoalkannya lagi...heheheeh

kalau dilihat dari sudut realiti kehidupan plak....chemistry tu memainkan peranan, lawa atau cun macam mana pun kalau tkder chemistry tk mo jadik jugak....begitu juga dgn aspek intelektual, macam mana tinggi pun at the end bergantung ngan chemistry gak.....;)

yang ianya.....kita ni hanya mampu merancang, the rest just leave it to ALLAH.

love is forever said...

intelektual maa...

Anonymous said...

:) mostly jejaka2 akn kater disini memilih intelektual, tp mereka tetap akn memandang kpd paras rupa dahulu .. mungkin bukan smua tp kebanyakan..
mereka lebih terjurus kpd fakta.. walhal mostly pompuan akn memilih kpd intelektul, intelektual disini bukan bermaksud pndai dlm pelajran, ader master ker aper, tp smua perkara termasuk memahami perasaan kaum hawa, rupa bukan menjadi hal..err bagaimana dgn harta? intelektual , rupa atau harta sepatutnya :)

unjudge said...

Pu3 rasa, intelektual dan rupa paras, sama penting... Kalau tiada rupa, macam mana nak ada feeling bila nak hidup bersama nanti? Hidup bukan untuk satu hari, tapi sepanjang hayat...
Intelektual bagi pu3, memang setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan... Maybe ada orang tu pandai dari segi akademik dan yg sorang lagik pandai dari segi kemahiran.. Saya sokong komen anonymous yang atas pu3 ni... Intelektual dari smua segi... memahami pasangan seada-adanya.

ebob said...

salam,

ooohhh begitu rupernyerrrr...baru kusedarrrrrrr....

:)

Anonymous said...

kalau ade banyak pilihan, laki pilih paras rupe. pompuan pilih intelektual. walaupun jawapan ni nmpak terlalu direct, tp mmg hakikat. segelintir kecil jer lelaki yg mampu break the burden otak mereka yg sejak azali mahukan yg cntik. hehe. klu utk short term relationship, both couple akan pilih paras rupe la. tp klu da jodoh nk wt cmne.

ebob said...

tahniah ubey...jawapan yg amat mengkagumkan...dudududuuuuu...
hebattt...hebattt...

p/s:ubey seorg yg bukan hipokrit...
he3

suara said...

Salam...
erm... kalau secara kasar, mmg boleh dikatakan macam ubey cakap tu. tapi bergantung pd individu gak. kita manusia mmg punya keinginan yg sama dan berbeza, itulah uniknya ciptaan Allah.

Pendapat peribadi, saya pilih intelektual.