Sep 24, 2008

Kungfu Hip Hop: 1 Jam 29 Minit Dan 39 Saat Yang Mengecewakan



Baru sahaja selesai menonton filem bertajuk, Kungfu Hip Hop! Seperti juga abang seangkatannya Kungfu Dunk, ianya cukup mengecewakan dengan plot cerita yang kurang jelas dan tidak masuk akal. Maaf kepada penggemar filem Hong Kong tetapi saya terpaksa mengakui hakikat bahawa saya baru sahaja membazirkan 1 jam 29 minit dan 39 saat menonton filem ini. Mujurlah saya tidak menontonnya di wayang.

Pelakon utamanya, Jordan Chan pula nampak terlalu tua untuk melakonkan watak penari hip hop dalam filem ini. Walaupun kungfu adalah suatu "trademark" kepada kebanyakkan filem aksi Hong Kong, saya merasakan bahawa ianya suatu penghinaan kepada seni bela diri tersebut kerana dalam filem tersebut tidak menonjolkan imej sebenar Kungfu di mata dunia. Begitu juga dalam filem Kungfu Dunk, yang menggunakan imej kungfu sebagai alat pemasaran mereka.

Masa tayangan yang agak singkat menyebabkan banyak jalan cerita tidak dapat dihuraikan dengan jelas, kerana terpaksa "memberi jalan" kepada aksi break dance yang mengambil masa hampir separuh dari masa keseluruhan filem ini.

Pada pendapat saya, hanya tarian yang ditonjolkan dalam filem ini sahaja yang boleh dibanggakan dengan coreographie yang menarik dan penari yang berbakat. Secara jujurnya, saya agak give up untuk menonton filem ini sehingga tamat tetapi nasib baiklah ada: -


Fan BingBing
(sumber: ahotgirl.blogspot.com)





1 comment:

Mak Su said...

maksu akan tgk pelakon dan review sebelum buat decision nak tgk ker tak.