Sep 23, 2008

Gossip Girl Musim Ke-2: Makin Panas!


(sumber: photobucket.com)

Bagi anda yang gemarkan drama tentang dunia glamour, New York City, skandal, gaya hidup mewah; Gossip Girl mungkin memenuhi citarasa anda. Drama ini mengisahkan kehidupan golongan elite yang tinggal di Manhattan, New York yang kebanyakkan mereka adalah billionaire. 

Musim 1 Gossip Girl lebih tertumpu kepada kehidupan Serena van der Woodsen (lakonan Blake Lively) dan rakan baiknya, Blair Waldorf (lakonan Leighton Meester) serta teman lelaki Blair, Nate Archibald (lakonan Chace Crawford) dan juga rakan baik Nate, Chuck Bass (lakonan Ed Westwick). Musim pertama lebih tertumpu kepada konflik antara Serena dan juga Blair serta munculnya watak-watak baru dalam dunia elite mereka iaitu Dan Humphrey (lakonan Penn Badgley) yang meminati Serena sejak sekian lama dan juga adiknya Jenny Humphrey ( lakonan Taylor Momsen).

Saya mengaku bahawa antara sebab mengapa saya menonton drama ini adalah kerana: -

Leighton Meester
(sumber: photobucket.com)

Bagi anda yang menonton The O.C dan One Tree Hill; saya percaya anda juga akan meminati drama ini. Kini Gossip Girl kembali dengan musim ke-2. Kepada yang menonton penghujung musim pertama, saya percaya ada antara anda termasuk saya sendiri merasakan drama ini sudah hilang konsep asalnya dan semakin membosankan tetapi musim baru telah menampilkan beberapa watak baru di samping plot cerita yang digubah semula.

Berikut adalah preview musim terbaru Gossip Girl: -




2 comments:

JULIE said...

@pp asyik termiss jer gossip girl ni..
tapi x miss lak, lipstick jungle, cashmere mafia, ugly betty and desperate housewives!!
thank god for astromax, record jer, pas tu tgk bila kelapangan...

♥corcraze♥ said...

arghh..yg 1st season gossip girl pon xtgk abis!
xtaw mana nak tgk online!
desprate hswife pon still best wlaupon dah season brapa skang ni..
xmcm lost yg dah mmg lost!
lg satu Samantha Who pon hilarious n best jgk!
xsabar 2nd season!