Aug 23, 2008

Gadis Dibunuh Kerana Masih Dara

Durban, Afrika Selatan - Seorang gadis yang mempunyai impian untuk berjaya dalam peperiksaan bagi mengubah nasib keluarganya ditemui mati dipukul kerana beliau mengambil keputusan untuk kekal sebagai dara sehingga mendirikan rumah tangga.

Setakat ini 3 orang gadis berusia 17 tahun dan seorang berusia 24 tahun dari Wasbank telah ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nobuhle Khumalo, 17

Salah seorang guru Nobuhle, Samkeliso Chiliza berkata, geng tersebut menyerang Nobuhle kerana dikatakan cemburu terhadap beliau kerana rata-rata ibu bapa pelajar menjadikan Nobuhle sebagai contoh yang baik.

Rata-rata pelajar di sekolah terbabit telahpun mempunyai anak walaupun baru berusia 17 tahun dan mereka berang kerana sering dibandingkan dengan Nobuhle.

Nobuhle ditemui mati bersama sebotol pil yang diletakkan bagi tujuan memalsukan kematiannya. Namun begitu, setelah bedah siasat mendapati Nobuhle mengalami kecederaan teruk di bahagian kepada akibat dipukul.

Nampaknya dunia ini semakin dahsyat dengan bermacam-macam berita menggemparkan hampir setiap hari.

4 comments:

Anonymous said...

macam nie pun ade ke...

Biskutz Paeinto said...

pergh... macam ni pun der gak.. ish2... terukny... duniawai2.. jauhknlah perkara tu semua dari hidup kita..

Anonymous said...

lor siannye...

huey mei said...

huh..camni pun boleh ker??
sian lar dia....