Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Apr 23, 2009

The Most Wanted Grandpa in Malaysia

Siapakah dia?

** Drumroll **



Aduh memang tak tahan tengok muka atuk ni. Siap senyum menggoda lagi tu. Terjumpa biodata ini di laman web rasmi Polis diRaja Malaysia (PDRM). Agak-agak atuk ni overdose tongkat ali kot.

Kemudian terbaca pula nota amaran ini di atas.



So ladies, kalau terjumpa atuk ni kat mana-mana, jangan cuba tangkap sendiri. 'Senjata' beliau mungkin berbahaya!

Apr 2, 2009

Saya Hampir di'Pau'!

Saya sebenarnya tidak pasti samada ejaan 'pau' tu betul ataupun tidak. Macam makanan pun ada tapi pau yang saya maksudkan adalah orang yang cuba memeras ugut anda bagi mendapatkan wang.

Semalam lebih kurang jam 10:30 malam saya ke Ampang Park yang terletak berhadapan dengan bangunan Citibank. Seperti biasa terdapat banyak kenderaan yang parking di bahu-bahu jalan kerana selepas office hour biasanya pihak penguasa tidak melakukan rondaan. Disebabkan saya hanya ingin singgah sebentar sahaja, jadi saya mengambil keputusan untuk follow the crowd dengan meletakkan kereta saya di tepi jalan.

Sebaik sahaja saya memadamkan enjin kereta, seorang lelaki berbangsa India merapati kereta saya. Saya sebenarnya berasa agak serba salah samada ingin turun dari kereta ataupun tidak kerana kebelakangan ini berlaku banyak kes jenayah di kawasan Ampang.

Disebabkan lelaki India tersebut hanya berseorangan maka saya memberanikan diri untuk turun dari kereta. Berikut adalah dialog: -

Lelaki India: Kasi bayar dulu.

Saya: Ha? Kene bayar ke?

Lelaki India: Mestilah.

Saya: Berapa?

Lelaki India: Lima (Lelaki India tersebut mengangkat tangan sambil menunjukkan 5 jari)

Saya: Lima? Lima ringgit?

Lelaki India: Yalah.

Saya: Kenapa mahal sangat?

Lelaki India: Ini kawasan saya jaga!

Saya tidak berfikir dua kali untuk masuk semula ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Yang kelakarnya, saya kemudiannya meletakkan kereta betul-betul di sebelah bangunan Citibank dan melintas jalan. Free of Charge!

Mar 30, 2009

Ampang Menjadi Sasaran Utama Penjenayah?


Saya ingin mendedikasikan categori baru di blog ini -> Jenayah. Bukan apa, sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kegiatan jenayah berhampiran kawasan rumah saya. Apa yang lebih menakutkan adalah, ianya berlaku berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Gila tak gila penjenayah zaman sekarang.

Jika anda membaca myMetro hari ini, artikel di muka hadapan yang bertajuk "Malam Berdarah" cukup menimbulkan rasa resah di hati saya. Mana tidaknya, beberapa bulan lepas berlaku kes bunuh betul-betul berhampiran tempat saya parking kereta. Nampaknya semakin menjadi-jadi kes bunuh di kawasan Ampang.

Malah baru-baru ini saya terlihat video di Youtube di mana berlaku kes samun menggunakan senjata di kawasan Taman Maluri. Nasib baiklah mangsa tidak diapa-apakan.



Suka ataupun tidak saya percaya bahawa penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan menjalankan hukum hudud. Ini kerana penjenayah tidak lagi takut dengan hukuman sedia-ada. Saya berasakan bahawa pada pandangan penjenayah, "kalau kena tangkap, masuk penjara je, dapat makan free" dan banyak duit kerajaan (datangnya dari duit cukai rakyat) dihabiskan bagi menampung kebanjiran banduan di penjara-penjara negara ini. Ini belum termasuk lagi kem-kem pendatang asing tanpa izin.

Sampai bilakah kerajaan ingin berdegil dan prinsip "negara Islam" hanya pada nama? Sudah banyak perubahan yang kita lakukan sejak zaman merdeka termasuklah mengadakan perbankan Islam dan sebagainya. Mengapa tidak ditukarkan undang-undang penjajah British kepada undang-undang Islam. Saya bukan ekstremis Islam tetapi saya melihat dari statistik kes jenayah di Arab Saudi yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia dengan penggunaan hukum hudud di negera tersebut.